Thursday, January 28, 2010

Maklumat dalam Blog Ini Sentiasa Dikemaskini


Untuk makluman tuan dan puan, blog ini dikemaskini dari masa ke masa supaya maklumat yang diberikan adalah yang terkini.


Friday, January 22, 2010

Kumpulan Syarikat-Syarikat PTS


1. PTS Consultants Sdn. Bhd.
2. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3. PTS Millenia Sdn. Bhd.
4. PTS Professional Sdn. Bhd.
5. PTS Islamika Sdn. Bhd.
6. PTS One Sdn. Bhd.
7. PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
8. PTS Fortuna Sdn. Bhd.
9. PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.


Pemegang Saham PTS


Pada 1 Januari 2010, modal dibenarkan PTS adalah RM3.0 juta.

Pada 1 Januari 2010, modal berbayar PTS adalah RM1.8 juta.

Para pemegang saham dalam kumpulan PTS adalah:

1. PTS Consultants Sdn. Bhd.
2. Ainon bt Mohd.
3. Abdullah bin Hassan
4. Arifin bin Mohamad
5. Abd. Aziz bin Mohamad
6. Arief Hakim Sani bin Rahmat
7. Muhammad Qalif bin Abd. Latif
8. Haidar Bagir


Sunday, January 17, 2010

Individu-individu Penting dalam Pengurusan PTS


1. Puan Ainon Mohd. - Chairman
2. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan - Penasihat Dasar Bahasa
3. Tn. Arief Hakim Sani bin Rahmad - Pengarah Urusan
4. Tn. Fauzul Naim bin Ishak - Pengurus Besar Editorial
5. Tn. Zaharin bin Zain - Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan
6. Pn. Nor Hazizam Abd. Rahman - Pengurus Jabatan Pemasaran
7. Tn. Nazrul Syamizan bin Samsudin - Tim. Pengurus Jabatan Pemasaran merengkap Ketua Unit Internet Marketing
8. Tn. Faris bin Hasbullah - Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. merangkap Pengurus Darul Furqan Sdn. Bhd.
9. Tn. Hisham bin Salmin - Pengarah Seni
10. Tn. Ikram Nor Wazir - Ketua Editor PTS Millenia Sdn. Bhd.
11. Cikpuan Mazlia bt Murat - Ketua Editor PTS One Sdn. Bhd.
12. Pn. Asma Fadila bt Habib - Ketua Editor PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
13. Tn. Muhammad Aizat - Ketua Editor PTS Profesional Sdn. Bhd.
14. Tn. Faizal Mukhtar - Ketua Editor PTS Fortuna Sdn. Bhd.
15. Pn. Nur Hasnah Ibrahim - Ketua Jabatan Kewangan
16. Cikpuan Shazarina bt Azmy - Ketua Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia
17. Pn. Nurulhilayti bt Abd. Halim - Pengarah Akademi Latihan Penerbitan PTS
18. Tn. Zain Nassri Abd. Aziz - Timbalan Jabatan Jualan merangkap Ketua Unit Gudang dan Operasi


Friday, January 15, 2010

Aktiviti PTS


Kumpulan PTS bergiat aktif dalam sektor penerbitan dan pengedaran buku dalam Bahasa Melayu.

Buku-buku yang diterbitkan oleh PTS adalah:

1. Semua kategori buku kreatif dan bukan kreatif karya asal penulis Malaysia.

2. Karya terjemahan daripada Bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, Arab, Cina dan lain-lain bahasa.


Wednesday, December 30, 2009

Rancangan Masa Hadapan PTS


PTS mempunyai 2 target utama:

(1) Menjadi penerbit yang menerbitkan 1000 judul baru setiap tahun.

(2) Menjadi korporat yang sahamnya didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur.


Tuesday, December 29, 2009

Dasar-Dasar Perniagaan PTS


Dalam menjalankan bisnesnya PTS berpegang kepada prinsip-prinsip berikut:

(1) Bebas daripada rasuah.

Ini bermakna pegawai-pegawai PTS tidak akan merasuah mana-mana pihak dalam kerajaan bagi tujuan mendapatkan kontrak kerajaan, ataupun merasuah pegawai bank bagi mendapatkan kemudahan kewangan, ataupun merasuah kontraktor buku, ataupun sesiapa sahaja bagi tujuan apa-apa sahaja.

Ini juga bermakna pegawai-pegawai PTS tidak akan meminta bantuan dan jasa baik daripada mana-mana individu yang mempunyai kuasa membuat keputusan yang menguntungkan bisnes PTS.

Ini juga bermakna pegawai-pegawai PTS tidak akan menerima ataupun memberi layanan istimewa kepada mana-mana penulis, editor freelance, ilustrator freelance, pencetak dan pembekal PTS.

(2) Mengaplikasikan pengurusan cara Islami.

Ini bermakna PTS membayar zakat perniagaan pada setiap bulan berdasarkan jumlah kutipan hutang, dan PTS mengeluarkan bantuan kepada anggota masyarakat yang layak menerima zakat dan bantuan.

Ini juga bermakna pegawai-pegawai PTS tidak melakukan perkara seperti pilih kasih dan memberi layanan istimewa kepada orang bawahan, kepada penulis, kepada petugas freelance, kepada pembekal, kepada kontraktor, kepada pengedar dan kedai buku, dan mana-mana individu yang mempunyai kepentingan.

Ini bermakna pegawai-pegawai PTS membuat semua keputusan berdasarkan SOP (standard operating procedure) yang ditetapkan oleh pengurusan.

(3) Bekerjasama dan saling bantu-membantu dengan penerbit-penerbit lain.

Ini bermakna PTS tidak melakukan perkara-perkara yang merugikan bisnes rakan-rakan sesama penerbit buku.

Etika Memberi Hadiah kepada PTS:

1. PTS tidak membenarkan mana-mana pihak memberi hadiah kepada individu yang bertugas sebagai pegawai PTS, seperti hadiah harijadi, hadiah menyambut kelahiran anak, dan seumpama itu, kerana ia boleh menimbulkan kesan rasa terhutang budi.

2. PTS tidak membenarkan mana-mana individu mengajak pegawai PTS makan dan minum di restoran mahal.

3. PTS tidak membenarkan mana-mana pihak yang menerima cek pembayaran royalti, upah ataupun hutang dari PTS, memberi hadiah kepada pegawai PTS, ataupun mengajaknya keluar makan.

4. PTS hanya membenarkan hadiah diberikan kepada semua pegawai PTS sempena hari-hari perayaan istimewa seperti Hari Raya. Contoh hadiah itu adalah hamper yang dapat dimakan beramai-ramai oleh pegawai-pegawai PTS.


Thursday, December 24, 2009

Sikap Bisnes PTS


PTS adalah sebuah penerbit yang sangat komersial.

PTS sangat mementingkan keuntungan daripada jualan buku-buku yang diterbitkannya.

Hanya buku-buku yang laku dijual di kedai-kedai buku sahaja yang diterima oleh PTS.

Bagi mengawal risiko kerugian akibat menerbitkan buku-buku yang kurang laris, PTS sentiasa menganalisis trend-trend terkini pasaran buku-buku Melayu.

Justeru PTS merancang judul-judul yang akan diterbitkannya sesuai dengan trend pasaran.

Inilah faktor yang menyebabkan PTS menolak 90% manuskrip yang dihantar oleh penulis dengan tidak merujuk kepada PTS terlebih dahulu atas dasar manuskrip itu tidak memenuhi kehendak kedai-kedai buku.


Wednesday, December 23, 2009

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd


PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS P&D) adalah anak syarikat PTS yang menjadi pengedar tunggal kepada semua buku yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat PTS.

Anak-anak syarikat PTS yang lain hanya menerbitkan buku sahaja. Buku-buku itu kemudian terus dihantar ke gudang PTS P&D.

PTS P&D tidak mengedarkan buku-buku penerbit lain.

Semua permohonan bagi menjadi agen buku-buku PTS diuruskan oleh syarikat ini.

Nama pegawai penting:

1. Pengurus: Tn. Zaharin Zain. Emel: zaharin@pts.com.my HP: 016 66611470

2. Timb. Pengurus: Tn. Zain Aziz. Emel: zain@pts.com.my HP: 016 6611478


Tuesday, December 22, 2009

PTS Millenia Sdn. Bhd.


PTS Millenia Sdn. Bhd. adalah anak syarikat PTS yang menerbitkan buku-buku bacaan umum seperti:

1. Buku-buku motivasi

2. Buku pembangunan diri

3. Komik-M

4. Buku resipi

5. Buku agama kontemporari

6. Buku untuk bacaan umum yang kontemporari.

Buku-buku yang diterbitkan oleh PTS Millenia adalah
karya asal penulis Malaysia ataupun terjemahan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia.

Nama pegawai penting:

Pengurus: Tn. Ikram Nor Wazir. Emel ikram@pts.com.my HP: 016 6611649


Monday, December 21, 2009

PTS Professional Sdn. Bhd.


PTS Professional Sdn. Bhd. adalah anak syarikat PTS yang menerbitkan buku-buku bisnes, pengurusan dan pendidikan.

Anak syarikat ini juga menerbitkan buku-buku motivasi bisnes dan profesion bagi pembaca remaja dalam bentuk fiksyen.

Kategori buku yang diterbitkan adalah:

1. Panduan menjalankan pelbagai jenis bisnes.

2. Panduan menguruskan syarikat.

3. Panduan menjadi ahli dalam bidang profesional.

4. Buku bisnes yang dituliskan secara fiksyen.

5. Buku bidang sains pendidikan.

6. Buku rujukan yang digunakan di sekolah.

7. Buku rujukan yang digunakan di universiti.

8. Buku kepimpinan dalam organisasi.

Nama pegawai penting:

Pengurus: Tn. Muhammad Aizat Abd. Razak. Emel: aizat@pts.com.my HP: 016 6612017


Sunday, December 20, 2009

PTS Islamika Sdn. Bhd.


PTS Islamika adalah anak syarikat yang menerbitkan buku-buku agama Islam untuk semua peringkat.

Anak syarikat ini juga menerbitkan karya fiksyen yang menyampaikan mesej agama dan akhlak kepada kanak-kanak dan remaja.

Buku-buku agama terbitan PTS Islamika terdiri daripada 3 kategori:

1. Buku agama untuk dibaca oleh bukan Islam.

2. Buku agama untuk dibaca oleh orang Islam yang sangat lemah pengetahuan agamanya.

3. Buku agama untuk orang Islam yang sudah kuat agamanya.

Nama pegawai penting:

Pengurus: Tn. Faris Hasbullah. Emel: faris@pts.com.my HP: 016 6611475


Friday, December 18, 2009

PTS Fortuna Sdn. Bhd.


PTS Fortuna Sdn. Bhd. adalah anak syarikat yang menerbitkan buku-buku fiskyen dan bukan fiksyen khusus untuk bacaan lelaki dewasa dan remaja.

Nama pegawai penting:

Tn. Faizal Mukhtar. Emel: faizal@pts.com.my HP: 016 6615258


Thursday, December 17, 2009

PTS Litera Utama Sdn. Bhd.


PTS Litera Utama Sdn. Bhd. adalah anak syarikat yang menerbitkan fiksyen untuk bacaan perempuan:

1. Novel-novel cinta Islami

2. Novel popular Islami

3. Novel terjemahan

Nama pegawai penting:

Pengurus: Puan Asma Fadila Habib. Emel: asma@pts.com.my


Wednesday, December 16, 2009

PTS One Sdn Bhd.


PTS One Sdn. Bhd. adalah anak syarikat yang menerbitkan sastera kanak-kanak dan sastera remaja.

Nama pegawai penting:

Pengurus: Cik Mazlia Murat. Emel: mazlia@pts.com.my


Tuesday, December 15, 2009

PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.


PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. adalah anak syarikat yang menerbitkan pelbagai edisi al-Quran dan buku-buku tafsir Quran.

Nama pegawai penting:

Tn. Faris Hasbullah. Emel: faris@pts.com.my HP: 016 6611475


Budaya Kerja PTS


PTS adalah sebuah syarikat yang mengamalkan budaya kerja korporat. Dalam perkataan lain, PTS tidak mengamalkan budaya kerja 'towkay'.

Semua kerja dilaksanakan oleh pegawai-pegawai PTS dengan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP).

Justeru:

1. PTS mempunyai kerenah birokrasinya sendiri, hanya sahaja kerenah itu sudah amat diminimumkan.

2. Kuasa-kuasa ahli lembaga pengarah PTS dipisahkan daripada kuasa-kuasa pegawai-pegawai eksekutif PTS.

3. Chairman PTS tidak mempunyai kuasa eksekutif, meskipun beliau merupakan pemegang saham PTS yang terbesar. Oleh itu Chairman PTS tidak akan membatalkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh para pegawai PTS.


Tuesday, December 8, 2009

Pertindanan antara Anak-anak Syarikat PTS adalah Disengajakan


Antara anak-anak syarikat PTS berlaku pertindanan jenis buku yang masing-masing terbitkan. Sebagai contoh, semua anak syarikat PTS menerbitkan fiksyen.

Pertindanan ini adalah disengajakan, supaya setiap anak syarikat menggunakan daya kreativiti mereka bagi meneroka idea-idea baru.

Walaupun semua anak syarikat menerbitkan fiksyen, tetapi ada ciri-ciri yang berbeza antara isi kandungan dan gaya penulisan.


Wednesday, November 25, 2009

Dasar-Dasar Editorial PTS


PTS hanya menerbitkan buku-buku yang kandungannya mempunyai ciri-ciri berikut:

(1) Memandaikan bangsa.

(2) Mematuhi hukum syariah.

(3) Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT)


Tuesday, November 24, 2009

Dasar Bahasa PTS


PTS hanya menerbitkan manuskrip yang ditulis sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Tinggi adalah:

(1) Menggunakan sistem ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

(2) Menggunakan tatabahasa yang standard sebagaimana yang digunakan dalam buku Tatabahasa Dewan. Semua ayat hendaklah ayat yang lengkap subjek-predikatnya.

(3) Kosa kata yang digunakan adalah kosa kata Bahasa Melayu standard, bukan bahasa dialek.

(4) Tidak menggunakan perkataan kontot seperti tak, nak, dah, tu, ni dan lain-lain.


Monday, November 16, 2009

Manual Bahasa untuk Editing


PTS mempunyai manual Bahasa Melayu Tinggi yang dijadikan panduan kerja-kerja mengedit manuskrip.

Para editor freelance PTS dilatih supaya mahir menggunakan manual itu.

Nota: Salah satu faktor yang menyebabkan bekas editor di syarikat penerbit lain tidak semestinya sesuai menjadi editor freelance di PTS adalah disebabkan mereka tidak berminat belajar menggunakan manual PTS.


Friday, October 30, 2009

Hakcipta Buku-buku PTS


Pada amnya, PTS mengamalkan dasar tidak membeli hakcipta buku-buku yang diterbitkannya.

Dengan demikian hakcipta buku-buku terbitan PTS kekal dimiliki oleh penulis.

PTS hanya melesen daripada pengarang hak menerbitkan karya-karya mereka. Maksudnya pengarang memberikan izin kepada PTS bagi menerbitkan, mengedar, dan menjual buku-buku mereka.

Hanya dalam kes tertentu sahaja penulis menjual hakcipta kepada PTS. Sebagai contoh, bagi buku-buku yang kandungannya tidak tahan lama dalam pasaran.


Thursday, October 29, 2009

Hak Penerbitan


Walaupun penulis-penulis PTS memegang hakcipta karya mereka, tetapi PTS memegang hak penerbitan karya penulis PTS, selama tempoh hakcipta.

Selepas 3 tahun, penulis boleh memohon kepada PTS bagi menyemak persetujuan dalam perjanjian.


Wednesday, October 28, 2009

Hak Pengarang PTS Membatalkan Perjanjian


Pengarang PTS boleh membatalkan perjanjian penerbitan apabila PTS gagal memenuhi terma-terma dalam perjanjian.

Caranya:

1. Tulis surat notis kepada PTS bahawa pengarang berhasrat mahu membatalkan perjanjian itu.

2. Sebutkan terma-terma yang dilanggar oleh PTS.


Tuesday, October 27, 2009

Perjanjian Terbatal Secara Automatik


Semua perjanjian penerbitan antara PTS dengan pengarang terbatal secara automatik apabila berlaku keadaan berikut:

1. Seandainya PTS muflis.

2. Sandainya PTS dibubarkan.

3. Seandainya PTS menghadapi masalah dalam urusan pembayaran hutang-hutangnya sehingga ada aset PTS yang terpaksa dipindahmilik kepada penghutang.

Nota: Terma di atas adalah bagi menjamin harta inetelek pengarang-pengarang PTS tidak dapat dipindahmilikkan kepada penghutang PTS, seperti syarikat pencetak ataupun bank-bank.


Monday, October 26, 2009

Hak Memperdagangkan Karya Penulis


PTS mempunyai hak-hak berikut ke atas karya penulis PTS;

1. Hak menterjemah ke dalam semua bahasa dunia.

2. Hak melakukan adaptasi ke dalam buku komik, buku elektronik, animasi dll.

3. Hak menerbitkan semula dalam bentuk bersiri.

4. Hak menghasilkan bentuk drama pentas, filem, radio dan televisyen.

5. Hak melesenkan semula kepada penerbit lain.

Nota: Ini bermakna, sebagai contoh, jika ada mana-mana pihak hendak membuat filem ataupun animasi berdasarkan buku penulis PTS, penulis tidak boleh memberikan izinnya kepada pihak itu.

Penulis hendaklah memaklumkan perkara itu kepada PTS dan PTS akan merundingkannya bagi pihak penulis.


Sunday, October 25, 2009

Hak Mengeksport Lesen Penerbitan Buku PTS ke Jakarta


PTS aktif mempromosi judul-judul terbitannya kepada pelbagai penerbit Indonesia supaya mereka berminat melesen judul PTS bagi diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia.

Ini dilakukan setiap tahun dengan cara menghantar pegawai-pegawai PTS ke Jakarta, Bandung, Surabaya dan Jogjakarta bagi berjumpa dengan penerbit Indonesia dan menunjukkan buku-buku PTS kepada mereka.

Pada saat entri ini ditulis, hampir 100 judul buku PTS sudah dilesenkan ke Jakarta.

Yuran pelesenan yang diterima daripada penerbit Indonesia dikongsi seperti berikut:

Pengarang PTS: 70%
PTS: 30%


Saturday, October 24, 2009

Hak Karya Bersaing


Penulis tidak mempunyai hak menulis untuk penerbit lain sebarang buku yang lebih kurang serupa isi kandungannya dengan bukunya yang diterbitkan oleh PTS.

Jika buku baru itu bertindan, maka hanya PTS yang berhak menerbitkannya.


Tuesday, September 29, 2009

Hak Mengedit


PTS berhak mengedit manuskrip penulis dan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menambah

2. Memotong

3. Meringkaskan

4. Menukar

5. Mengubah teks

Nota: Tujuan PTS adalah supaya buku yang diterbitkan itu nanti memenuhi standard, kualiti dan pakejing PTS.


Monday, September 28, 2009

Hak Memilih Desain Kulit Buku


Desain kulit buku-buku PTS disediakan oleh PTS.

Editor PTS berhak memilih designer dan desain kulit buku.


Sunday, September 27, 2009

Hak Menentukan Judul Buku


Hak menentukan judul buku adalah hak PTS.

Judul buku yang dicipta oleh penulis adalah judul cadangan. Judul itu mungkin diterima oleh PTS, ataupun mungkin dipinda, ataupun ditolak dan digantikan dengan judul ciptaan editor PTS sendiri.

Editor juga berhak menentukan judul-judul bab dalam buku.


Friday, September 25, 2009

Hak Moral Pengarang PTS


PTS menghormati hak moral pengarang dengan menyerahkan pruf terakhir buku mereka supaya mereka baca dan semak sendiri pruf itu, dan dipersetujui semua editing yang telah dilakukan oleh editor PTS.

Penulis hendaklah menyemak kata-demi-kata pruf itu dan mencatatkan semua pembetulan dengan dakwat merah.

Tempoh yang diberikan adalah 7 hari.


Thursday, September 24, 2009

Hakcipta Terjemahan


Hakcipta buku-buku edisi terjemahan adalah dipegang oleh penterjemah, melainkan hakcipta itu sudah dijual kepada PTS.

Apabila hakcipta itu sudah dijual kepada PTS, maka penterjemah akan dibayar harga terjemahan itu sekali sahaja.

Jika hakcipta itu tidak dijual kepada PTS, maka penterjemah akan dibayar mengikut sistem royalti.


Sunday, September 20, 2009

Hakcipta Komik-M


Hakcipta komik yang diterbitkan oleh PTS dipegang oleh pekomiknya.

Jika ceritanya ditulis oleh orang lain, hakcipta komik itu dikongsi oleh penulis cerita dan pekomik.


Wednesday, September 16, 2009

Hak Istimewa Penulis PTS


Berikut adalah hak-hak istimewa yang dinikmati oleh pengarang PTS:

1. Pengarang PTS berhak menerima 10 naskhah percuma bagi setiap judul buku yang diterbitkan. Jika penulis adalah 2 orang ataupun lebih, mereka berkongsi jumlah 10 naskhah itu.

2. Pengarang dapat membeli bukunya dengan potongan harga 35%.

3. Pengarang dapat membeli buku-buku lain terbitan PTS dengan potongan harga 35%.

4. Pengarang dapat membeli secara kredit buku-buku PTS. Kredit maksimum adalah RM2,000-00. Kredit akan dipotong daripada royalti pengarang.


Friday, September 4, 2009

Hak PTS Merahsiakan Maklumat Bisnes Pengarang


PTS merahsiakan semua maklumat bisnes pengarang-pengarang PTS.

Sekiranya berlaku perceraian, pihak yang cuba menuntut wang royalti penulis perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi mengetahui maklumat berkenaan harta intelek yang dimiliki oleh pengarang PTS.

Nota: Sekiranya berlaku kematian, PTS menghantar royalti penulis kepada penama yang namanya tertulis dalam dokumen perjanjian penerbitan.


Thursday, September 3, 2009

Hak Memahami Terma Perjanjian


Penulis PTS berhak membaca dahulu dan memahami terma-terma yang terkandung dalam dokumen perjanjian penerbitan sebelum menandatanganinya.

Editor yang menguruskan manuskrip pengarang bertanggungjawab memberi penerangan berkenaan mana-mana terma yang tidak difahami oleh pengarang.


Sunday, August 30, 2009

Royalti


PTS menggalakkan penulis-penulisnya supaya tidak menjual harta intelek mereka.

1. PTS membayar royalti kepada penulis-penulisnya.

2. Royalti dibayar setiap tahun.

3. Royalti dikira berdasarkan berapa jumlah buku yang terjual bagi sesuatu tahun itu. Semakin banyak buku terjual maka semakin banyak royalti yang akan dibayar kepada pengarang.

4. Kadar royalti adalah berdasarkan harga buku yang tercetak pada kulit buku.

5. Kadar royalti juga bergantung kepada jenis buku. Ada buku yang royaltinya 5%, 7%, 10% dan 11%.

Editor yang menguruskan manuskrip penulis akan menerangkan kadar royalti yang ditawarkan kepada penulis.


Saturday, August 29, 2009

Tiada Layanan Istimewa Tentang Kadar Royalti PTS


PTS menawarkan kadar royalti yang serupa kepada semua pengarangnya.

Tiada kadar istimewa ditawarkan kepada pengarang yang mempunyai latar belakang istimewa seperti:

1. Berjawatan tinggi dalam kerajaan.

2. Mempunyai ijazah PhD.

3. Pernah menang hadiah dan anugerah.

4. Pengarang yang juga pemegang saham PTS.

5. Mempunyai gelar orang besar dan kenamaan.

6. Pernah menerbitkan karya dengan penerbit lain.

7. Pengarang yang bertugas di PTS.

8. Pengarang PTS yang bukunya paling banyak terjual.

9. Pengarang PTS yang sudah mempunyai banyak buku dengan PTS.

Semua pengarang PTS menikmati layanan yang serupa.

Ini bermakna PTS memberikan layanan istimewa kepada kualiti buku, bukan kepada siapa pengarangnya.

Sebagai contoh, sesetengah buku PTS dipilih supaya dicetak dengan kualiti premium, meskipun pengarangnya tidak pernah memenangi sebarang hadiah ataupun anugerah.


Thursday, August 27, 2009

Berkongsi Hakcipta dan Royalti antara Penulis


Banyak buku ditulis oleh 2 orang pengarang ataupun lebih.

Dalam kes begini royalti akan dikongsi oleh semua penulis. Bahagian royalti ditentukan oleh sebanyak mana sumbangan masing-masing pengarang.

Editor PTS dapat memberikan nasihat berkenaan porsi masing-masing pengarang.


Wednesday, August 26, 2009

Royalti Ilustrator Buku Nomik


Buku-buku 'nomik' (novel+komik) banyak diterbitkan oleh PTS untuk kanak-kanak dan awal remaja.

Novel jenis ini menggunakan banyak ilustrasi gaya komik, oleh itu hakciptanya dipegang bersama oleh penulis novel dan pelukis komik.

Royalti nomik dikongsi bersama oleh penulis novel dan pelukis komik.


Thursday, August 20, 2009

Royalti Terjemahan Karya Harta Awam


Apabila karya yang diterjemahkan itu sudah bertaraf harta awam (public domain), maka 100% royaltinya adalah menjadi hak penterjemah.

Karya warga negara United Kingdom (UK) menjadi harta awam selepas 50 tahun pengarangnya meninggal dunia.

Karya warga negara Amerika (US) menjadi harta awam selepas 75 tahun pengarangnya meninggal dunia.


Monday, August 17, 2009

Royalti Terjemahan Karya Kontemporari


Apabila buku yang diterjemahkan itu belum menjadi harta awam, pembahagian royalti antara penulis asal dan penterjemah adalah berdasarkan lesen hak terjemahan yang diberikan oleh penerbit asal.

Kelaziman amalan pada peringkat antarabangsa adalah seperti berikut:

Penterjemah 30%

Pengarang asal 70%


Sunday, August 16, 2009

Bagaimana Royalti Dikira


Royalti dikira berdasarkan jumlah sebenar buku yang terjual. Jadi, semakin banyak buku itu terjual, semakin banyak royalti yang dibayarkan kepada penulis.

Tempoh kiraan buku terjual adalah antara 1 Januari - 31 Desember setiap tahun.

Tarikh cek-cek royalti dihantar kepada penulis adalah mulai bulan Jun - Desember tahun berikutnya. Jadi, royalti bagi jualan tahun 2010 akan dibayar pada tahun 2011.

Nota: Maksud 'buku terjual' adalah jumlah buku yang keluar dari gudang PTS dan dihantar kepada agen dan kedai buku.


Saturday, August 15, 2009

Kadar Upah Terjemahan


Apabila PTS melantik penterjemah yang diupah, maka PTS mempunyai kadar upah terjemahannya sendiri.

Kadar PTS adalah terpakai di PTS sahaja.


Wednesday, July 8, 2009

Penama dalam Perjanjian Penerbitan


Penulis PTS dikehendaki memberikan nama 2 orang waris terdekat yang akan menerima dan menguruskan pembahagian wang royalti pengarang kepada waris-waris yang ditinggalkan sekiranya berlaku kematian.

Nama mereka akan dimasukkan dalam dokumen perjanjian penerbitan.


Friday, June 19, 2009

Menjadi Agen PTS


Tuan dan puan boleh memohon menjadi agen PTS.

Jika tuan membeli buku-buku PTS secara tunai, proses ini sangat cepat.

Jika tuan memohon supaya mempunyai akaun kredit dengan PTS, proses ini lebih lambat kerana PTS akan melakukan kajian risiko terlebih dahulu ke atas syarikat tuan.


Wednesday, June 17, 2009

Membeli Buku-buku PTS bagi Tujuan Bisnes


Bagi tuan dan puan yang berminat menjual buku-buku PTS, hubungi:

1. Tn. Zaharin Zain, pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. HP 016 661 1470 ataupun zaharin@pts.com.my

2. Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. HP 016 661 1478 ataupun zain@pts.com.my

Jika tuan membayar tunai harga buku yang tuan beli dari PTS, mereka dapat memberi potongan istimewa.


Friday, April 3, 2009

Kategori Novel PTS


PTS menerbitkan novel untuk semua kategori usia.

1. Novel awal remaja (8 - 12 tahun)

2. Novel remaja (13 - 16 tahun)

3. Novel chicklit Melayu (18 tahun)

4. Fiksyen sains awal remaja

5. Fiksyen sains remaja

6. Novel fantasi dan legenda

7. Novel cinta Islami

8. Novel sejarah

9. Novel terjemahan

10. Sastera Melayu klasik

11. Sastera dewasa


Tuesday, March 10, 2009

Mazhab Sastera PTS


Mazhab dan aliran sastera PTS adalah Teori dan Teknik Surah Yusuf.

Ini bermakna semua buku cerita dan novel PTS perlu ditulis menggunakan ciri-ciri penceritaan yang digunakan dalam Surah Yusuf.

Panduan tentang teknik surah Yusuf dapat dibaca di blog http:sasteraislami.blogspot.com

Dari masa ke masa PTS mengadakan kursus penulisan Teknik Surah Yusuf. Pengumuman tarikh kursus dapat diikuti di blog http://universitipts.com


Thursday, March 5, 2009

Ciri Cerita Syariah-compliant


PTS hanya menerbitkan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang syariah-compliant, yakni mematuhi hukum halal-haram.

1. Cerita tidak boleh memberi kemenangan moral kepada pedosa. Sebagai contoh, pada hujung cerita watak-watak jahat mestilah akhirnya berubah menjadi orang baik.

2. Tidak ada babak-babak pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

3. Tidak ada babak-babak pasangan berjumpa dan bercakap-cakap berdua-duaan sahaja, pergi berdating, berpegang tangan, berasmara.

4. Tidak ada babak di mana anak-anak bercakap dengan cara dan kata-kata yang menyakiti hati ibu bapanya.

5. Tidak ada babak di mana isteri bercakap dengan cara dan kata-kata yang biadab kepada suami.

6. Tidak ada babak di mana perempuan meminta cerai daripada suami.

7. Tidak ada babak jenayah, sebagai contoh babak di mana watak-watak sedang merancang bagaimana mereka mahu merompak bank.

8. Tidak ada unsur di mana 'menjadi orang baik tidak berbaloi' yakni watak baik akhirnya menerima hukuman alam, manakala watak jahat hidup kaya.

9. Tidak boleh menceritakan kecantikan anggota tubuh badan perempuan jelita ataupun tubuh badan lelaki yang tampan.


Wednesday, February 25, 2009

Ciri-ciri Istimewa Buku-Buku Agama PTS


PTS menerbitkan 3 kategori buku-buku agama Islam:

1. Buku-buku agama untuk dibaca oleh orang-orang bukan Islam.


(a) Buku kategori ini tidak ada di dalamnya teks Arab. 

(b) Perkataan yang digunakan adalah 'Tuhan'. 

(c) Perkataan pinjaman Arab juga tidak digunakan.

2. Buku-buku agama untuk orang yang Islamnya sangat lemah.


(a) Buku kategori ini tidak ada di dalamnya teks Arab. 

(b) Perkataan 'Tuhan' dan 'Allah' digunakan, tetapi 'Tuhan' lebih banyak.

(c) Istilah-istilah Arab yang klasik digantikan dengan frasa Melayu.

3. Buku-buku agama untuk orang Islam yang pengetahuan Islamnya sudah kukuh.


Buku kategori ini memasukkan teks Arab dan istilah-istilah Arab.


Wednesday, January 21, 2009

Pasukan Penterjemah PTS


PTS mempunyai senarai penterjemahnya sendiri yang sudah diberi latihan oleh PTS sendiri.

Apabila PTS memerlukan penterjemah tambahan, maka PTS akan menjalankan latihan untuk mendapatkan penterjemah baru.

Semua penterjemah PTS wajib mengambil ujian PTS, dan mengikuti latihan PTS, tanpa mengambil kira mereka sudah memiliki sijil ataupun diploma penterjemahan daripada organisasi lain.


Saturday, January 17, 2009

Proses Memilih Judul Terjemahan


PTS hanya menterjemah buku-buku yang laku dijual dalam kedai-kedai buku.

Semua judul terjemahan dipilih oleh PTS sendiri. Judul-judul itu dipilih berdasarkan populariti judul-judul asal itu dalam pasaran.

Urusan mendapatkan lesen hak menterjemah adalah diuruskan oleh PTS.


Friday, January 16, 2009

Ciri-ciri Komik-M PTS


PTS menerbitkan siri komik yang diberi nama "Komik-M".

Komik-M adalah singkatan Komik-Malaysia.

Komik-komik terbitan PTS wajib menggunakan:

1. Bahasa Melayu Tinggi

2. Ceritanya mematuhi syariah

3. Lukisannya mematuhi syariah

Ini bermakna, lukisan dalam Komik-M tidak boleh:

1. Menunjukkan aurat perempuan, termasuklah pakaian ketat.

2. Tidak boleh menunjukkan adegan ganas, khususnya yang melibatkan pembunuhan.


Tuesday, December 16, 2008

Nama Samaran


PTS membenarkan penulis-penulisnya menggunakan nama-nama samaran. Tip memilih nama samaran:

1. Nama samaran itu dapat diterima sebagai nama yang 'cantik' oleh semua golongan, baik oleh kanak-kanak, orang muda mahupun orang tua, baik lelaki ataupun perempuan, baik orang bandar mahupun orang kampung, baik oleh orang Melayu mahupun bukan Melayu.

2. Nama itu mudah dieja dan disebut.

3. Nama itu diterima sebagai 'cantik' di Indonesia.

4. Nama itu tidak trendi, sebaliknya evergreen 'cantik'.

5. Contoh nama samaran yang 'cantik' adalah 'Ain Maisarah' dan 'Farihah Iskandar'.


Thursday, October 16, 2008

PTS Tidak Mengedarkan Buku Penerbit Lain


Pada masa ini PTS hanya mengedarkan buku-buku terbitan anak-anak syarikat PTS sahaja.

Ini kerana ruang gudang PTS tidak cukup bagi menyimpan buku-buku terbitan syarikat lain.

Malah sebenarnya, dalam tempoh setahun lagi, ruang yang ada diramalkan tidak dapat menampung semua buku PTS.


Saturday, September 20, 2008

Editor Freelance di PTS


PTS menggunakan perkhidmatan editor freeelance.

Surat permohonan menjadi editor freelance hendaklah dihantar kepada: Puan Nurulhilyati Abd. Halim, Pengarah Akademi Latihan Penerbitan PTS pada emel nurul@pts.com.my

Calon-calon editor freelance diambil berdasarkan keperluan anak-anak syarikat.

Calon yang diutamakan adalah individu yang dapat sepenuh masa menjalankan kerja editing secara freelance untuk PTS. Maksudnya, mereka tidak putus-putus membuat kerja-kerja editing untuk PTS, seolah-olah mereka bekerja di PTS.

Tugas editor freelance adalah termasuk kerja-kerja membuat layout buku.

Calon editor freelance diwajibkan mengikuti program latihan yang dijalankan oleh Akademi Latihan Penerbitan PTS.

Contoh kandungan program latihan editor freelance PTS, baca di sini.

Nota: Banyak bekas editor buku di penerbit lain memohon bekerja secara freelance di PTS. Sayangnya mereka tidak mempunyai kemahiran membuat kerja-kerja layout. Mereka juga hanya mahir menjalankan kerja editing di atas manuskrip yang bercetak atas kertas. Di PTS, editing atas kertas hanya dilakukan pada peringkat pruf yang sudah dilayout.


Friday, September 19, 2008

Kriteria Menjadi Editor Freelance Buku-buku PTS


Bagi menjadi freelance editor yang berjaya, perkara-perkara berikut perlu diamalkan:

1. Tahu kehendak penerbit.

Kursus yang dianjurkan bertujuan memaklumkan kepada freelance kehendak dan gaya penerbitan PTS.

2. Mampu mematuhi deadline yang ditetapkan.

3. Belajar daripada editor pengurusan dari aspek suntingan dan kemahiran menggunakan perisian.

Akademi Latihan juga menyediakan khidmat kelas tambahan untuk kemahiran menyunting dan Adobe Indesign. Hanya perlu membuat temu janji, kemudian boleh datang belajar.

4. Selalu bertanya perkara yang tidak jelas dan jangan malu.

5. Mematuhi gaya dalaman penerbit dan ketahui pantang larangnya.

6. Sentiasa mahu belajar dan mencuba kemahiran baru.

7. Ambil perhatian perkara yang ditegur oleh editor pengurusan.

8. Teliti, cermat, sabar, kritikal dan kreatif.

9. Mahir menggunakan peralatan yang berkaitan seperti komputer, perisian penerbitan, internet, alat social network bagi memudahkan editor berhubung dengan freelance.

10. Bersedia pada bila-bila masa bagi menghadirkan diri ke mesyuarat berkaitan projek bersama-sama editor mahupun penulis.


Wednesday, September 17, 2008

Ilustrator Freelance


PTS banyak menggunakan perkhidmatan ilustrator buku yang bekerja secara freelance.

Buku-buku bacaan kanak-kanak dan awal remaja banyak menggunakan ilustrasi.

Anak syarikat yang paling banyak menggunakan khidmat ilustrator adalah PTS One Sdn. Bhd.

Bagi tuan dan puan yang berminat menjadi ilustrator buku-buku PTS, emelkan contoh-contoh strok tuan dan puan kepada PTS.


Tuesday, February 12, 2008

Manuskrip yang Disukai Editor PTS


Ciri-ciri manuskrip yang disukai editor adalah:

1. Menggunakan sistem ejaan yang betul seperti dalam sistem ejaan DBP.

Apabila editor melihat ejaan sudah betul semuanya, hatinya gembira, dan dia akan menilai manuskrip itu dengan sikap lebih positif.

Banyak penulis mempunyai sikap tidak peduli hendak membetulkan ejaan, sebab mereka sangka kerja editor adalah membetulkan ejaan buruk penulis. Ingat, kerja editor bukan membetulkan ejaan penulis.

Nota: Kini sudah ada penyemak ejaan automatik. Penulis digalakkan membeli dan menggunakan sofwer DEWAN EJA sebelum menghantar manuskrip kepada editor. Google dan beli on-line.

2. Menggunakan tanda bacaan dengan betul.

Termasuk dalam tanda bacaan adalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kesalahan jenis ini sangat irritating kepada editor.

Apabila editor melihat manuskrip mempunyai tanda bacaan yang salah, kesannya terhadap si penulis dan kualiti manuskrip itu amat negatif.

3. Menggunakan tatabahasa yang betul.

Tatabahasa yang salah menyebabkan persepsi negatif editor terhadap penulis dan kualiti manuskrip.

4. Seluruh kandungan buku terdapat dalam 1 fail sahaja.

Jangan hantar fail bab-bab yang berasing. Ini menyusahkan kerja editor.

5. Cara menamakan fail yang betul adalah seperti di bawah:

Nama penulis + judul manuskrip
Contoh: Ainon novel Jalan Lurus

6. Dalam fail manuskrip hendaklah dituliskan maklumat penting penulis:

a. Nama penuh (dalam kad penenalan)
b. Nama samaran (jika ada)
c. Alamat rasmi surat menyurat
d. Alamat emel
e. Nombor telefon
f. ULR blog peribadi (supaya editor boleh mendapat lebih banyak maklumat berkenaan kredibiliti penulis)


Monday, February 11, 2008

Penulis Yang Disukai Editor PTS


Ciri-ciri personaliti pada seseorang penulis yang disukai oleh PTS:

1. Mempunyai sikap kooperatif, yakni suka bekerjasama dengan editor.

2. Mudah diajak berunding dan suka bertolak ansur.

3. Tidak memburuk-burukkan editor kepada penulis lain.

4. Tidak menaruh buruk sangka kepada editor.

5. Sabar dengan lumrah perbezaan pendapat dan citarasa editor.

6. Sabar dengan 'mood' dan 'angin' editor.

7. Banyak menggunakan emel apabila berkomunikasi dengan editor.

8. Tidak menulis sebarang kata-kata dalam media sosial (seperti blog dan Face Book) yang menyebabkan editor terasa dirinya disindir.

9. Apabila menulis emel, sentiasa menggunakan format yang sopan, lengkap dengan kata-kata penghargaan, doa, dan bahasa yang manis dibaca.


Friday, February 1, 2008

Penulis Baru Wajib Ikuti Kursus PTS



PTS menjalankan kursus-kursus bagi melatih bakal penulis PTS.

Kursus adalah percuma.

Jadual kursus diterbitkan di http://universitipts.com

Tajuk-tajuk kursus yang wajib diikuti adalah:

1. Bahasa Melayu Tinggi (semua penulis)

2. KJ Method (semua penulis)

3. Teknik Surah Yusuf (penulis karya kreatif)

4. Bahasa persuasif (penulis nonfiksyen)

5. Terjemahan (semua penterjemah)

6. Teknik adaptasi


Thursday, January 31, 2008

Menulis Surat Komplen

Apabila buku sudah dicetak dan terbit, barulah kita ternampak masih ada kesilapan di sana sini. Ini adalah perkara lazim.

Semasa kita membaca pruf, kita cenderung nampak semuanya sudah betul kerana secara psikologinya kita membaca dengan niat hendak melihat bahawa semuanya sudah betul.

Sebagai penulis, apabila menulis surat komplen kepada editor disebabkan dalam buku tuan terdapat kesilapan, tulis surat yang santun dan pendek.

Surat komplen yang panjang (4 perenggan adalah panjang) mencipta risiko kesan-kesan negatif seperti berikut:

(a) Editor berasa dirinya dimarahi.

(b) Surat komplen yang panjang ditafsir sebagai si pengirim mengutamakan perasaannya sendiri daripada menjaga perasaan orang yang membaca surat itu.

(c) Pada mulanya hanya satu pihak tidak puas hati. Selepas menerima dan membaca surat komplen yang panjang, pihak yang menerima surat itu juga menjadi tidak puas hati. Sekarang kedua-dua pihak tidak puas hati.

(d) Orang yang tidak puas hati tidak duduk diam-diam dan tutup mulut. Beliau akan bercerita kepada rakan-rakan sekerjanya. Keadaan itu mencipta kesan negatif yang meluas di tempat kerja.

Kandungan surat komplen yang sopan adalah:

(a) Dituliskan salam dan doa-doa.

(b) Ada ayat tabik dan minta maaf terlebih dahulu.

(c) Didahului dengan pujian kerana buku sudah terbit, dengan menyebut perkara-perkara yang disukai dan dipuji pada buku itu.

(d) Nyatakan pada halaman mana kesilapan itu berlaku, supaya apabila buku diulangcetak, kesilapan itu dapat dibetulkan.

(e) Sebaiknya, tandakan semua kesilapan, dan serahkan buku itu untuk simpanan editor, supaya mudah dilakukan pembetulan pada cetakan akan datang.

Kesilapan teknikal mudah diperbaiki. Hubungan baik yang rosak sukar dipulihkan....


Sunday, January 27, 2008

Format Proposal Buku Bukan Fiksyen


Apabila tuan hendak menulis buku nonfiksyen untuk PTS, lakukan perkara di bawah:

1. Tulis surat emel kepada PTS.

2. Tulis cadangan buku itu dalam emel, bukan dalam fail attachment, sebab editor tidak suka mengklik banyak kali.

3. Tulis antara 1-4 halaman sahaja.

4. Beri sedikit CV tuan yang relevan.

Kertas cadangan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Judul buku.

2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis.

3. Senarai lengkap isi kandungan buku.

4. Anggaran muka surat dan tarikh boleh serah manuskrip.

5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran.

6. Kelebihan buku itu berbanding buku yang sudah ada dalam pasaran.

7. Siapa pembeli sasaran.

9. Bagaimana penulis dapat membantu PTS meningkatkan jualan buku itu


Monday, January 21, 2008

Format Sinopsis Buku Fiksyen di PTS


Inilah contoh format menulis sinopsis yang betul menggunakan KJ METHOD.

(1) Setiap entri adalah 1 episod.
(2) Mudah bagi editor memahami jalan cerita yang terperinci dan memberi feedback ke atas setiap episod.
(3) Mudah menyelitkan episod-episod dan watak-watak tambahan.
(4) Mudah menulis 2 atau 3 novel serentak.

Sinopsis hendaklah dikirim dalam emel, sebab editor tidak suka membuka fail attachment kerana kerja itu leceh. (Kepilkan juga failnya.)

Ikut format di bawah ini:

Azrul bin Jaini.
Block A, Nombor 9, Tingkat 11, Kondominium Putra Villa,
Gombak Poskod 2567,
Selangor Darulehsan.
Nombor: HP 012 456 432
Emel: azruljaini@yahoo.com


JUDUL: “Galaksi Muhsinin”
Penulis: Azrul Jaini

BAB 1. Kozakium dan Sampel Genetik
BAB 2. Pangkalan Misteri
BAB 3. Penemuan Proba Eksplorasi
BAB 4. Misi Siasatan
BAB 5. Bandar Purba...
BAB 6. Azan di Planet Frieze
BAB 7. Dendam Laksamana Hanomage
BAB 8. Gua Kahfi
BAB 9. Mesej Penting Untuk Khalifah
BAB 10. Ancaman Misil Orbital Mobil
BAB 11. Projek Sempurna!
BAB 12. Gajet Jaringan Ion Ankabut
BAB 13. Ofensif Mengejut
BAB 14. Penangan Perajurit Super Generasi Zenzaburo II
BAB 15. Rahsia Pahlawan Ais
BAB 16. Darah Hijau
BAB 17. Zenzaburo : Kesudahan Selama-lamanya
BAB 18. Lebur Salju Nista


BAB 1. Kozakium dan Sampel Genetik

a. Pasukan Galaksi Muhsinin berjaya menawan kota Hidrozaki sepenuhnya. Orang-orang Zenzaburo tidak memihak lagi kepada Federasi, kecuali pengikut-pengikut yang setia.

b. Pasukan Galaksi Muhsinin membersihkan Planet Kozaki daripada musuh. Segala ancaman telah dineutralkan. Planet Kozaki diisytihar selamat.

c. Ansari, sahabat Khalifah Zulqarnain yang merupakan spesialis bioteknologi Galaksi Muhsinin dihantar ke Planet Kozaki untuk mengkaji bahan kozakium dan sampel genetik tentera prototaip Federasi.

d. Galaksi Muhsinin ingin membongkar rahsia bahan kozakium bagi mencari penawar untuk orang Zenzaburo dan mengkaji tentera prototaip Federasi.

e. Ansari mahu mengkaji bahan kozakium dengan lebih dekat daripada sumber asalnya, iaitu di dasar laut planet itu.

f. Ansari dibawa ke dasar laut untuk mengekstrak sebahagian mineral kozakium serta diiringi oleh dua kapal selam Sub-Recon.

g. Dalam proses mengekstrak kozakium, tiba-tiba mereka diburu oleh kapal selam tempur mini yang tidak dikenali.

h. Isyarat kecemasan dihantar. Kapal selam Ansari bersembunyi di dalam sebuah gua dasar laut. Kapal selam pengiringnya cuba untuk menentang, tetapi dapat ditumpaskan.

i. Ansari mengimbas topografi dasar laut dan gua yang dimasukinya.

j. Terdapat sebuah terowong kecil yang membawa kepada sebuah gua yang sangat besar.
k. Sebelum terowong besar itu, terdapat gua-gua kecil yang mempunyai ruang udara.

l. Dia juga mendapati ada kesan aktiviti yang membebaskan isyarat aneh. Ansari curiga.

m. Ansari mengambil keputusan untuk memasukinya.

n. Dalam gelap, perlahan-lahan Ansari mengemudi kapal selamnya dan sampai di salah satu gua kecil yang mempunyai sambungan kepada gua yang besar itu.

o. Ansari mengaktifkan instrumen menguji persekitaran sekiranya selamat ataupun tidak. Gua itu selamat digunakan tanpa menggunakan perkakas bantu hidup.

p. Di hujung gua ada sinar cahaya. Ansari merapatinya. Ia sampai ke hujung gua.

q. Ansari terperanjat melihat apa yang ada di dalam gua itu. Dia cuba menghubungi pihak Galaksi Muhsinin di kota Hidrozaki.

r. Namun transmisi isyarat tidak berfungsi dengan baik.


BAB 2. Pangkalan Misteri

a. Mujahidin di kota Hidrozaki menerima isyarat yang lemah dari dasar laut. Pegawai mujahidin mengarahkan untuk mengesan kedudukan sumber isyarat yang sebenar.

b. Komander mujahidin percaya bahawa isyarat itu ialah daripada kapal selam yang terselamat daripada serbuan pihak yang tidak dikenali.

c. Manakala Ansari membuka halangan besi yang menutupi hujung gua. Ia keluar dari gua dan bersembunyi di sebalik tong-tong.

d. Dilihatnya terdapat orang-orang yang sedang memunggah barang ke dalam kapal-kapal selam. Tempat ini dikawal oleh peronda dan sentri.

e. Ansari tahu bahawa sebahagian daripada pengawal ialah tentera Zenzaburo.

f. Ansari cuba untuk beralih dari satu tempat ke satu tempat dengan perlahan-lahan.

g. Ia mahu tahu pangkalan apakah ini. Dilihatnya ada sebuah ruang kawalan yang tidak dikawal oleh sesiapa.

h. Ansari mengakses komputer.

i. Sah, pangkalan itu merupakan pangkalan rahsia Federasi Generasi Zenzaburo dan sisa Militia Serigala, Militia Kondor, Milititia Raider dan Militia Konvoi Gladiator.

j. Terdapat juga pihak Liga Lanun berurusan di pangkalan ini.

k. Pangkalan itu terletak di salah sebuah pulau kecil. Di permukaan pulau, ada sebuah landasan pelancar pesawat angkasa. Landasan ini tersembunyi daripada pihak Galaksi Muhsinin.

l. Didapati juga, beberapa buah pesawat freighter kargo serta pengiring akan berlepas ke sebuah planet. Ansari membuat salinan data penerbangan.

m. Data selesai disalin. Ia mengeluarkan cakera optiknya dan memasukkan ke dalam poket. Ansari bergerak perlahan-lahan.

n. Tiba-tiba, Ansari ditahan oleh seorang sentri. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia dibawa ke lokap pangkalan.

o. Ansari disoal siasat. Orang Kanan Hanomage, Kolonel Ocitopus cuba memaksa Ansari mengaku membuat intipan.

p. Dialog berlaku. Ansari menjawab dengan tenang dan berani.

q. Kolonel Ocitopus mengugut akan menembak Ansari.

r. Tiba-tiba gegaran berlaku. Isyarat kecemasan berbunyi. Detasmen Mujahidin Elit ke-15, ke-14 dan ke-16 membuat serangan kejutan!

s. Tentera Garison Zenzaburo, infantri elit Akizuki, militia Liga Lanun cuba memberikan tentangan. Tetapi mereka tidak berjaya mengekang kemaraan mujahidin elit. Kolonel Ocitopus memerintahkan agar evakuasi kecemasan dijalankan.

t. Mujahidin cuba menyelamatkan Ansari. Kolonel Ocitopus meloloskan diri dan membawanya menaiki lif untuk ke permukaan pulau.

u. Kolonel Ocitopus dan tenteranya yang setia berjaya melarikan diri ke angkasa lepas.

v. Walaubagaimanapun, mujahidin menjumpai cakera optik Ansari yang dijatuhkan oleh Ansari di dalam lokap.


BAB 3. Penemuan Proba Eksplorasi

a. Kolonel Ocitopus sampai di sebuah pangkalan gua di planet yang dilitupi ais.

b. Dia membawanya kepada Laksamana Hanomage.

c. Dialog antara Laksamana Hanomage dan Ansari berlaku.

d. Kolonel Ocitopus ingin agar Ansari disoal siasat atau dipenjarakan kerana mengintip mereka untuk Galaksi Muhsinin.

e. Laksamana Hanomage menolak. Ia berfikiran bahawa dia tidak diperlakukan sedemikian, sebaliknya ia ingin mengeksploitasi kepakaran Ansari.

f. Ansari berdegil. Dia mempertahankan pendiriannya tidak akan tunduk kepadanya.

g. Laksamana Hanomage tidak berputus asa. Ia berusaha memujuk Ansari dengan pelbagai tawaran.

h. Di Planet Kozaki, mujahidin berjaya menawan pangkalan misteri itu.

i. Analisa data dijalankan. Ansari gagal ditemui. Mereka menemui cakera optik kepunyaan Ansari dan menganalisanya.

j. Analisa data di Atol S7 selesai. Pihak Galaksi Muhsinin mendapat tahu bahawa pangkalan itu sebenarnya beroperasi untuk melombong sebanyak mungkin bahan kozakium secara rahsia dan membawanya ke satu planet ais, iaitu Planet Frieze di galaksi Samarium.

k. Bahan itu sangat penting, iaitu untuk Projek Zenzaburo II! Projek penaiktarafan Perajurit Super Generasi Zenzaburo II; lebih mantap daripada prototaip di Planet Kozaki.

l. Tentera yang ditempatkan adalah untuk melindungi aktiviti daripada musuh.

m. Daripada cekera optik milik Ansari, mereka mengetahui koordinat planet dan destinasi dengan tepat.

n. Proba eksplorasi dihantar ke Planet Frieze. Siasatan mendapati ciri di planet itu bertepatan dengan data yang dianalisa.

o. Planet itu terletak di galaksi Samarium. Galaksi ini merupakan salah satu wilayah jajahan Empayar.

p. Khalifah Zulqarnain yang berada di Planet Kozaki mengarahkan dua detasmen mujahidin elit dihantar untuk menyiasat.

q. Dua detasmen ini akan diiringi oleh satu skuadron pengiring. Ia menyedari bahawa misi ini sangat berbahaya kerana jarak operasi yang jauh di dalam kawasan musuh.

r. Namun, Empayar sedang sibuk memadamkan api pemberontakan di serata wilayah.

s. Didapati, tidak ada pasukan Empayar yang ditempatkan di sini.


BAB 4. Misi Siasatan

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan ke-22 dihantar untuk siasatan. Dengan beberapa pesawat pengiring, mereka memasuki ruang atmosfera Planet Frieze.

b. Pesawat Aadiyat mengalami kesukaran kawalan akibat cuaca buruk.

c. Kabus tebal, ribut salji dan angin yang kuat melanda.

d. Mereka terputus hubungan. Pesawat Aadiyat yang dinaiki Detasmen Elit ke-15 melakukan pendaratan cemas di dataran ais yang dikelilingi oleh hutan.

e. Pesawat Aadiyat terhempas. Kesemua krew dan penumpang pengsan akibat gegaran ketika mendarat.

f. Mujahidin terbangun. Mereka berada di permukaan ais atas tasik yang sedang merekah!

g. Kesemua individu segera melepaskan diri dan berenang ke tepian.

h. Pesawat Aadiyat tenggelam di dalam air yang membeku.

i. Mereka cuba menghubungi pihak yang satu lagi tetapi transmisi tidak berfungsi.

j. Mujahidin menggunakan radas imbas topografi untuk mengetahui kedudukan mereka dan keadaan bentuk muka bumi serta iklim planet.

k. Mereka mencari tempat berlindung daripada ribut salji.

l. Sementara di pangkalannya, pihak Laksamana Hanomage mengesan beberapa objek memasuki ruang atmosfera Planet Frieze.

m. Dia mengarahkan tentera Federasi menyiasat. Beberapa pasukan peninjau daripada infantri elit Akizuki dan proba tempur dilancarkan.


BAB 5. Bandar Purba...

a. Ribut salji telah reda. Mujahidin dan krew pesawat Aadiyat keluar dari gua dan cuba mencari pasukan yang terpisah tadi.

b. Transmisi perhubungan dibuat. Komunikasi berjaya dilakukan meskipun kurang jelas. Cuaca buruk masih melanda lokasi Detasmen Mujahidin Elit ke-22.

c. Komander mujahidin sempat memberitahu lokasi mereka sebelum terputus hubungan.

d. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan krew memulakan perjalanan. Mereka perlu merentasi jarak yang agak jauh dengan berjalan kaki.

e. Ini kerana jentera mereka telah tenggelam di dalam tasik.

f. Setelah beberapa lama berjalan, mereka menemui sebuah bandar yang ditinggalkan.

g. Mereka berjalan dengan berhati-hati. Mereka mendapati bahawa kenderaan-kenderaan di tepi jalan tersadai. Tiang-tiang yang runtuh dan ada juga bangunan yang rosak teruk. Seperti pernah ada peperangan yang telah berlaku.

h. Mereka cuba membaca papan-papan tanda, tetapi sukar difahami kerana sudah terlalu lusuh.

i. Sensor mujahidin mengesan pergerakan sesuatu. Mereka bersedia dengan senjata dan bergerak dengan lebih berhati-hati.

j. Mereka bergerak dengan lebih pantas dan sampai di pinggir bandar. Mereka perlu merentasi sebuah hutan untuk sampai ke kawasan pergunungan, lokasi Detasmen Mujahidin Elit ke-22 terhempas.

k. Mereka cuba menghubungi Detasmen Mujahidin Elit ke-22, tetapi masih gagal.

l. Perjalanan diteruskan ke arah lokasi terhempas. Mereka sampai di sebuah lapangan ais. Pesawat Aadiyat Detasmen Mujahidin Elit ke-22 ditemui! Radas pengimbas topografi dipasang. Benar, lapangan itu bukan merupakan tasik dan selamat untuk berjalan melaluinya.

m. Ketika menghampiri pesawat, mereka menghantar isyarat melalui radio interkom, tetapi tiada maklum balas. Tiba di pesawat, tiada siapa di sana!

n. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mencari di sekitar hutan.

o. Hari semakin gelap. Komander mujahidin mengambil keputusan untuk berehat. Mereka bergilir-gilir berjaga malam.


BAB 6. Azan di Planet Frieze

a. Hari di Planet Frieze masih gelap.Komander mujahidin mengarahkan untuk bergerak. Dia telah mengesan sebuah petempatan melalui radas pengimbas topografi.

b. Fajar menyinsing. Sudah masuk waktu subuh. Mereka terdengar bunyi azan. Mereka segera ke sana.

c. Sebuah koloni manusia ditemui. Di situlah sumber azan.

d. Sensor mujahidin mengesan pergerakan-pergerakan objek yang laju. Terkadang objek itu hilang pada bacaan pengimbas infra merah pada helmet mujahidin.

e. Perisai plasma dan raifal Nur-24 diaktifkan.

f. Tiba-tiba... mereka diserbu dan ditahan oleh sekumpulan pihak yang tidak dikenali. Pihak itu mengancam bahawa perisai plasma mujahidin dan krew tidak berkesan bagi mereka. Mujahidin kehairanan.

g. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan krew berada dalam keadaan disadvantaj. Walaubagaimanapun, mereka enggan mengaku kalah. Namun, memang benar, persenjataan pasukan yang tidak dikenali itu mengatasi pasukan Galaksi Muhsinin.

h. Pasukan Galaksi Muhsinin ditawan dengan jaring ion yang dilepaskan oleh pasukan misteri.

i. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan krew dibawa ke sebuah koloni iglu.

j. Mereka dibawa ke dalam sebuah lokap dan bertemu dengan Detasmen Mujahidin Elit ke-22 beserta krew Aadiyat mereka.

k. Mujahidin bertanya, adakah azan itu daripada koloni mereka.

l. Ketua koloni memperkenalkan dirinya sebagai Hamzah. Ia mengakui bahawa azan daripada masjid iglu. Ia memberitahu bahawa seluruh komuniti koloni ini beragama Islam.
m. Komander mujahidin meminta kebenaran untuk solat Subuh dahulu. Hamzah membenarkan, tetapi tanpa membawa senjata.

n. Mereka segera solat.

o. Mujahidin dibawa kembali ke ruang tahanan. Mereka dibenarkan bebas tanpa diikat dengan gari ion.

p. Hamzah meminta mereka menerangkan siapakah mereka sebenarnya. Komander mujahidin memberi kepercayaan kepada Hamzah. Dialog berlangsung.


BAB 7. Dendam Laksamana Hanomage

a. Manakala di pangkalan Federasi, Laksamana Hanomage menerima laporan daripada pasukan peninjau yang dilancarkannya.

b. Mereka menemui bangkai Aadiyat milik Detasmen Mujahidin Elit ke-22. Mereka juga menemui kesan tapak kaki yang mencurigakan menuju ke arah sebuah petempatan yang tersembunyi daripada pemetaan Federasi.

c. Laksamana yakin bahawa pasukan mujahidin ini dihantar untuk mencari Ansari dan memburunya.

d. Laksamana mengarahkan membuat siasatan lanjut. Mereka yakin bahawa mujahidin bersembunyi di situ.

e. Laksamana Hanomage dengan penuh dendam mengarahkan satu batalion tenteranya melancarkan serangan atas koloni itu. Dia terkenang akan kekalahannya ketika bersama-sama Konfederasi Reconquista dan di Planet Kozakium.

f. Dialog kedua-dua pihak masih berlangsung. Rupa-rupanya koloni ini merupakan waris langsung daripada generasi pertama Galaksi Muhsinin.

g. Dari sinilah teknologi asal Galaksi Muhsinin dibangunkan. Tetapi kekacauan yang berlaku 95 tahun yang lalu telah menyebabkan planet ini tidak selamat didiami lagi.

h. Bangsa Tibiotarsus melancarkan pemberontakan dan berlakulah perang yang hebat. Perang yang berpanjangan memakan korban yang tinggi. Kebuluran berleluasa.

i. Meskipun, populasi orang Tibiotarsus berkurangan dengan mendadak. Berbanding dengan orang Islam, mereka masih stabil walaupun kebuluran begitu serius.

j. Orang Islam telah mengambil keputusan: ada yang mahu bertahan dan berjuang di Planet Frieze dan sebahagiannya ingin berhijrah ke sebuah planet yang baru ditemui, iaitu planet yang mereka namakan sebagai Planet Ihsan H-2.

k. Orang Islam diketuai oleh Abu Yusuf memimpin mereka ke sana dan menerokai Planet Ihsan H-2.

l. Faktor terputus hubungan dan kehilangan data lokasi ruang relativiti Planet Frieze, pihak Galaksi Muhsinin tidak dapat mencari kembali planet ini.

m. Komander mujahidin meminta pertolongan koloni ini mencari pangkalan Federasi dan dibenarkan menggunakan alat komunikasi inter-galaksi koloni. Alat komunikasi Galaksi Muhsinin rosak teruk ketika pendaratan kecemasan.

n. Hamzah bersetuju. Ia memberikan senjata koloni untuk kegunaan mujahidin (yang lebih sesuai dalam pertempuran geografi ais) dan radas pengimbas topografi khas.

o. Hamzah berdukacita koloni ini tidak mempunyai alat komunikasi inter-galaksi. Ia teringat, mungkin gudang purba peninggalan generasi Abu Yusuf terdapat alat itu dan peralatan lain.

p. Letupan besar berlaku. Tentera Federasi memulakan serangan.

q. Mujahidin Galaksi Muhsinin dan koloni iglu bekerjasama menentang tentera Federasi. Nyata ia sebuah gabungan yang mantap.

r. Tentera Federasi berjaya dihalau. Tetapi ramai orang koloni terkorban.

s. Hamzah tiada pilihan melainkan untuk berada di koloni membantu yang cedera dan menguatkan pertahanan. Dia memberitahu kedudukan gudang yang terletak di kawasan pergunungan. Gudang itu terletak di dalam sebuah gua, iaitu Gua Kahfi.

t. Dia menyerahkan kod akses gerbang utama gudang, KF-18. Dia mengingatkan bahawa Gua Kahfi mungkin berbahaya untuk dimasuki.

u. Ini kerana setelah bangsa Tibiotarsus gagal menawan gudang itu, mereka mereka pelbagai jenis perangkap dan droid asasin.

v. Pasukan mujahidin berpecah kepada beberapa kumpulan. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 akan mencari pangkalan Federasi. Krew-krew Aadiyat ditugaskan untuk membantu koloni. Manakala Detasmen Mujahidin Elit ke-15 akan berusaha mencari Gua Kahfi.

w. Laksamana Hanomage berang mendapat tahu pasukan tenteranya ditumpaskan. Dia menghantar lagi pasukan tambahan menyerang koloni itu.

x. Projek Zenzaburo II mesti disempurnakan...


BAB 8. Gua Kahfi

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mendaki gunung. Jet lompat tidak digunakan bagi mengelakkan dikesan oleh tentera Federasi.

b. Setelah beberapa lama pendakian, tiba-tiba pesawat ronda Federasi mengesan mereka. Mereka akhirnya selamat pendakian memasuki mulut gua.

c. Perkara ini dilaporkan kepada Laksamana Hanomage. Dia segera mengarahkan sepasukan infantri elit memburu mujahidin.

d. Mujahidin menggunakan radas pengimbas topografi untuk mengemaskini bentuk muka bumi gua.

e. Perjalanan agak berbahaya. Mereka terpaksa menghadapi pelbagai rintangan: laser siling, droid asasin, jerangkap mekanikal dan sebagainya.

f. Akhirnya mereka menjumpai gerbang utama gudang. Kod akses dimasukkan. Pintu gerbang dibuka.

g. Infantri elit Akizuki sampai di mulut gua. Mereka segera bergerak dan ke dalam gua dengan mudah kerana rintangan rekaan orang Tibiotarsus telah dimusnahkan oleh mujahidin.

h. Mujahidin memasuki ruang kawalan gudang. Gudang diaktifkan. Terang benderang. Data diakses. Mujahidin sangat kagum akan teknologi nenek moyang mereka.


BAB 9. Mesej Penting Untuk Khalifah

a. Alat komunikasi iner-galaksi ditemui. Ia masih berfungsi. Mujahidin tidak mengalami kesukaran untuk memahami penggunaan radas kerana banyak persamaan dari segi asas teknologi.

b. Mujahidin menyambungkan siaran gudang dengan Planet Furqan dan seterusnya kepada Khalifah Zulqarnain di Planet Ihsan H-2.

c. Dialog berlaku. Komander menceritakan perkara yang penting.

d. Mujahidin mendapati bahawa gerbang gudang ditebuk dengan menggunakan gerudi bakaran.

e. Tentera elit Akizuki menggempur mujahidin. Mereka ramai.

f. Mujahidin berusaha mengakses kawalan turet pertahanan gudang. Namun belum berhasil.

g. Pertempuran sengit berlaku di gudang.

h. Manakala di koloni, serangan diperhebat. Infantri elit Akizuki disokong oleh perlindungan udara dan tentera Garison Zenzaburo.

i. Mesej untuk Khalifah Zulqarnain dipintas oleh pihak Federasi.

j. Laksamana Hanomage menyambungkan perhubungan kepada Khalifah Zulqarnain. Dia mengancam akan menghancurkan pasukan mujahidin dan sesiapa bersama mereka.

k. Khalifah enggan. Ia memberi amaran kepada Laksamana Hanomage akan akibat melakukan kerosakan. Ia mengarahkan armada Galaksi Muhsinin dihantar bagi menumpaskan rancangan jahat Laksamana Hanomage.

l. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 berjaya mengesan pangkalan rahsia Federasi berdasarkan maklumat cakera optik milik Ansari. Mereka membuat intipan tanpa dikesan oleh sesiapa pun.


BAB 10. Ancaman Misil Orbital Mobil

a. Khalifah Zulqarnain berada di Planet Anfal An-8 untuk memeriksa persiapan mujahidin.

b. Kali ini kekuatan armada Galaksi Muhsinin untuk ekspidisi ke Planet Frieze ditambah berbanding di Planet Kozaki.

c. Korvet, kapal angkasa tempur baru Galaksi Muhsinin menguatkan lagi pasukan Galaksi Muhsinin.
d. Juga, robot tempur terbaru Galaksi Muhsinin, Asad akan digunakan untuk tujuan ini.

e. Namun, pasukan mujahidin elit akan dihantar terlebih dahulu untuk membebaskan Ansari, memusnahkan laboratorium Projek Zenzaburo II dan menewaskan Laksamana Hanomage serta konco-konconya.

f. Khalifah menugaskan salah seorang daripada ahli syura untuk mentadbir Galaksi Muhsinin sementara waktu khalifah mengepalai ekspidisi Planet Frieze.

g. Di Planet Frieze, sekali lagi koloni iglu berjaya dipertahankan. Laksamana Hanomage bertambah berang. Ia mendesak para saintis untuk mempercepat penyempurnaan Projek Zenzaburo II.

h. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 masih bertempur dengan infantri elit Akizuki di gudang Gua Kahfi. Khalifah telah memaklumkan bahawa armada Galaksi Muhsinin dalam perjalanan.

i. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 pula menemui sesuatu yang mengejutkan. Mereka mengesan misil orbital mobil Federasi mula keluar bersama pengiring daripada pangkalan mereka. Laksamana Hanomage telah mengetahui kedatangan khalifah.

j. Misil orbital mobil mesti dimusnahkan sebelum armada Galaksi Muhsinin tiba. Ia bakal memberikan ancaman serius kepada pasukan yang akan mendarat.

k. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 mengatur gerak kedudukan dan menyerbu meriam orbital. Namun, mereka ditentang hebat oleh tentera Zenzaburo.


BAB 11. Projek Zelnzaburo II Sempurna!

a. Ansari telah lama dipenjara di dalam lokap pangkalan. Sebelum ini Laksamana Hanomage telah memujuknya supaya menjadi salah seorang yang menjayakan Projek Zenzaburo II. Ansari enggan.

b. Lama-kelamaan, Laksamana Hanomage mengugut akan menyeksa Ansari. Tetapi setiap kali ia mahu menyeksa Ansari, setiap itulah ia terhalang.

c. Laksamana Hanomage tidak berani mengapa-apakannya lagi.

d. Ansari begitu maklum akan bahaya yang akan dihadapi oleh Galaksi Muhsinin dan seluruh semesta. Ia telah melihat segala perancangan dan produktiviti Federasi.

e. Projek Zenzaburo II akan menghasilkan Perajurit Super Generasi Zenzaburo II yang tiada tandingannya.

f. Tiba-tiba seorang sentri Zenzaburo menyuruh Ansari keluar lokap dan berjumpa dengan Laksamana Hanomage di bilik utama labotarium itu.

g. Laksamana Hanomage berkata angkuh dan menunjukkan kepada Ansari, bahawa Projek Zenzaburo II telah sempurna!

h. Perajurit Super Generasi Zenzaburo tersusun, lengkap dengan senjata. Mereka bakal menumpaskan semua musuh Federasi di planet ini.

i. Ansari kembali dibawa ke lokap. Ansari berfikir, ia mesti berbuat sesuatu. Ketika sentri membawanya ke lokap, ia menyerangnya. Ia menyamar dengan memakai sut tempur musuh.

j. Ansari segera mencari mana-mana sistem komputer komunikasi untuk menghubungi sesiapa sahaja yang mungkin berada di luar.


BAB 12. Gajet Jaringan Ion Ankabut

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 menerima isyarat Ansari. Mereka juga menerima maklumat jalan masuk ke dalam laboratorium dan berita buruk tentang Projek Zenzaburo II.

b. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 segera menghubungi Detasmen Mujahidin Elit ke-15 supaya memaklumkan kepada khalifah melalui alat komunikasi inter-galaksi.

c. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 masih diasak dengan hebat. Mereka membuat keputusan untuk menyerang balas kembali dan menghalau tentera Zenzaburo.

d. Infantri elit Akizuki berjaya diusir. Gudang Gua Kahfi dikuasai sepenuhnya. Mujahidin meneliti teknologi nenek moyang mereka. Kebanyakannya masih berfungsi dengan baik.

e. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 memasuki pangkalan Federasi. Mereka mencari Ansari dan menjumpainya.

f. Mereka mencari jalan untuk memusnahkan kekuatan Federasi dengan membuat serangan mengejut.

g. Khalifah tiba di Planet Frieze. Armada Galaksi Muhsinin mengepung planet itu. Orbit planet berjaya dikuasai tanpa tentangan. Pendaratan besar-besaran akan dijalankan sebentar lagi.

h. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 sampai di koloni iglu dengan menggunakan pesawat speeder. Mereka memklumkan bahawa khalifah akan sampai dan membebaskan planet ini daripada cengkaman Federasi.

i. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 hendak berangkat pergi. Komander mujahidin menyerahkan gajet Jaringan Ion Ankabut kepada Hamzah.

j. Ia menerimanya. Sejurus selepas itu Hamzah menunjukkan struktur defensif koloni itu, iaitu Kubah Ais Kharqah; teknologi asal usul Jaringan Ion Ankabut!

k. Mujahidin kagum. Hamzah dan koloni mahu berjihad bersama-sama Galaksi Muhsinin. Mujahidin melarang. Mujahidin berangkat pergi.

l. Mujahidin berangkat ke lokasi di tempat khalifah dan pasukan Galaksi Muhsinin mendarat.

m. Cuaca tidak mengizinkan pendaratan secara besar-besaran. Bantuan udara tidak dapat diberikan sepenuhnya. Kabus terlalu tebal. Mujahidin terpaksa didaratkan secara berperingkat-peringkat.

n. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 melaporkan diri kepada khalifah. Posisi mujahidin diaturkan di tempat-tempat yang strategik.


BAB 13. Perajurit Super Generasi Zenzaburo II

a. Laksamana Hanomage mengemaskini strategi terakhir. Ia begitu yakin bahawa kemenangan adalah miliknya.

b. Laksamana memperoleh advantaj: cuaca buruk tidak mengizinkan pihak mujahidin mendapat bantuan udara sahabat, oleh yang demikian Federasi boleh melancarkan ofensif secara mengejut. Tambahan lagi, mujahidin mendarat secara berperingkat-peringkat. Tentera Federasi masih ramai berbanding mujahidin di planet ini. Faktor terakhir: diyakini Perajurit Super Generasi Zenzaburo II mengatasi keupayaan mana-mana tentera elit mujahidin.

c. Kabus sangat tebal menyelubungi keadaan sekitar. Penglihatan mata kasar menjadi sukar. Pasukan Galaksi Muhsinin berjaga-jaga. Mujahidin menyelaraskan sensor paparan visual elektronik kepada multi sensor.

d. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 bersama-sama Ansari mengakses data mengenai kekuatan pangkalan ini. Mereka juga mencari jalan kepada laboratorium Projek Zenzaburo II. Ansari mahu sebahagian sampel genetik musuh diketahui untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka.

e. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 pula diarahkan untuk mengkaji kekuatan dan mengkucar-kacirkan musuh

f. Mereka mendapati bahawa pangkalan ini hanya dikawal oleh tentera Garison Zenzaburo. Selebihnya sebilangan kecil infantri elit Akizuki. Laboratorium dikawal sepenuhnya oleh Perajurit Super.

g. Pergerakan dikesan. Mujahidin berjaga-jaga. Tentera Federasi melancarkan serangan besar-besaran di luar pangkalan mereka. Mujahidin diserbu dari pelbagai arah.
h. Pada permulaan serangan, kebanyakan tentera musuh adalah tentera Garison Zenzaburo dan infantri elit Akizuki.

i. Perajurit Super Generasi Zenzaburo II dilancarkan! Mujahidin menentang mereka dengan bersungguh-sungguh. Kedua-dua pihak memiliki kekuatan yang seimbang.

j. Perajurit Super Generasi Zenzaburo II ditingkatkan keupayaan mereka: perisai ais. Perisai ini boleh diganti semula apabila menerima tembakan musuh.

k. Tindak balas kimia dan fisiologi Perajurit Super ditingkatkan. Bahan kozakium diubahsuai sebagai pemecut supaya dapat meningkatkan metabolisme dengan mendadak. Dengan ini, tenaga dapat dibekalkan dengan maksima.

l. Juga, dengan integrasi antara tindak balas biologi dan perkakasan elektronik yang ditanam dalam badan, Perajurit Super memiliki keupayaan yang luar biasa.

m. Keupayaan Perajurit Super: paparan visual elektronik pada bola mata, membidik dengan tepat, keupayaan untuk sembuh semula apabila luka berat, kulit yang sangat keras, tahan radiasi serta iklim ekstrem.

n. Untuk kelincahan dan kekuatan maksima, sebatian kozakium disuntik dengan maksima.

o. Ini menyebabkan Perajurit Super mampu bertidak dengan tangkas, kuat dan cepat. Tetapi ini akan menyebabkan Perajurit Super akan mengalami keletihan yang amat sangat pada suatu ketika.

p. Tentera Federasi mara dengan cepat dengan kekuatan Perajurit Super. Saat yang sukar untuk mujahidin.


BAB 14. Rahsia Pahlawan Ais

a. Data kekuatan Federasi dianalisis. Radas nyahkod ciptaan Hafiz digunakan.

b. Didapati sebahagian besar tentera Federasi sedang melancarkan serangan atas pasukan bantuan Galaksi Muhsinin. Mereka sebenarnya bergantung harap atas keupayaan luar biasa Perajurit Super Generasi Zenzaburo II.

c. Sebenarnya Federasi mengalami kekurangan bahan api dan peluru persenjataan.

d. Mereka menggunakan sepenuhnya advantaj cuaca buruk. Dengan cuaca buruk, pasukan Galaksi Muhsinin tidak berupaya melancarkan serangan udara dan menghantar bantuan tambahan.

e. Federasi sebenarnya tidak mempunyai bilangan pesawat angkasa pejuang, kerana telah banyak ditawan dan dimusnahkan di Planet Kozakium.

f. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 menyerbu laboratorium Federasi. Mereka ditentang oleh Perajurit Super. Mujahidin menggendalakan pintu berlapis laboratorium. Ini menyebabkan tentera Garison Zenzaburo dari sektor lain disekat buat sementara waktu.

g. Laboratorium ditawan. Ansari mengambil beberapa sampel genetik Perajurit Super. Data turut diakses daripada komputer laboratorium.

h. Di luar pangkalan, mujahidin semakin terpukul. Bantuan udara yang diharapkan tidak dapat dihantar kerana kabus yang sangat tebal dan angin yang kuat.

i. Pertempuran sengit masih berlaku. Kolonel Ocitopus terus mara.

j. Pintu laboratorium dibuka sedikit demi sedikit oleh tentera Federasi. Ansari mempercepat proses pengaksesan data. Proses dilengkapkan. Pintu laboratorium terbuka luas.

k. Laksamana Hanomage berada di pintu gerbang. Mujahidin terperangkap...

l. Dialog berlaku. Laksamana Hanomag memberi tawaran kepada mujahidin untuk bekerjasama dengannya. Mereka enggan.

m. Laksamana Hanomag berang lalu mengarahkan tentera Garison Zenzaburo menghapuskan mereka. Pertempuran sengit.

n. Dalam kekalutan pertempuran di luar pangkalan, objek-objek yang tidak dikenali menghujani medan pertempuran. Daripada objek itu, keluarlah pahlawan-pahlawan yang tidak dikenali. Mereka mengasak Perajurit Super dengan mudah! Mereka bergerak dengan tangkas.

o. Dari udara, terdapat pesawat yang membedil musuh. Ini sesuatu yang menghairankan bagi mujahidin. Bagaimana mungkin ada bantuan udara daripada sahabat dalam cuaca buruk ini?

p. Kolonel Ocitopus berjaya melarikan diri ke pangkalan Federasi. Kemenangan berpihak kepada mujahidin dan pahlawan ais.

q. Khalifah yang turut bertempur mengucapkan terima kasih. Pahlawan ais itu diketuai oleh Hamzah, ketua koloni iglu yang dibantu oleh Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan ke-22 serta krew Aadiyat.


BAB 15. Darah Hijau

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 diasak dengan hebat. Mereka tidak mempunyai jalan keluar.

b. Laksamana Hanomage kebingungan. Bagaimanakah tenteranya yang dikuatkan oleh Perajurit Super juga ditewaskan?

c. Ia menggunakan instrumen radar litupan ais. Ia mendapati bahawa pangkalannya sekarang terkepung.

d. Ini menjadikannya naik gila. Impiannya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di alam semesta berkecai. Ia masih tidak mahu berputus asa.

e. Dalam keadaan yang hampir-hampir gila, dia mahu melarikan diri, mengumpul kekuatan dan membalas dendam.

f. Laksamana Hanomage masuk ke dalam kebuk transformasi. Fikirannya sudah tidak siuman. Yang ada hanyalah kuasa, kuasa dan kuasa!

g. Gerbang primer pangkalan Federasi telah diletupkan. Mujahidin dan pahlawan ais menggempur masuk. Satu demi satu sektor pangkalan ditawan. Termasuklah hangar dan landasan terowong pangkalan.

h. Laksamana Hanomage tahu bahawa hanya beberapa pesawat angkasa pejuang dan freighter kargo yang beroperasi.

i. Ia mengumpulkan sebanyak mana infantri elit Strosstruppen dan Perajurit Super Zenzaburo II yang tinggal.

j. Laksamana Hanomage telah bertukar menjadi Perajurit Super Generasi Zenzaburo II!

k. Ia mengarahkan supaya mereka menggempur hangar dan meloloskan diri dari pangkalan.

l. Mereka menggempur dengan hebat. Laksamana menggunakan booster terakhir untuk mempertingkatkan keupayaan tempur. Ia menjadi luar biasa lincah. Namun bilangan mereka terlalu sedikit untuk menyelamatkan diri mereka daripada mujahidin. Mereka berjaya menghampiri pesawat freighter kargo.

m. Seorang demi seorang pengiring Laksamana Hanomage terkorban. Hanya tinggal Kolonel Ocitopus, beberapa infantri elit Akizuki dan Perajurit Super Generasi Zenzaburo.

n. Khalifah mahu Laksamana Hanomag menyerah. Berlaku dialog antara mereka. Laksamana Hanomage berpura-pura menyerah.

o. Mereka menyerang mujahidin dan cuba berlari kepada freighter kargo. Mujahidin tiada pilihan melainkan menyerang kembali. Laksamana Hanomage mati ditembak. Ia mengalirkan darah berwarna hijau terang. Kolonel Ocitopus cedera parah. Hanya beberapa infantri elit Akizuki yang terselamat.


BAB 16. Lebur Salju Nista

a. Pertempuran di Planet Frieze berakhir dengan kekalahan Federasi. Kekalahan selama-lamanya buat Federasi Generasi Zenzaburo. Laksamana Hanomage telah mati. Pangkalan telah ditawan sepenuhnya.

b. Kali ini mujahidin mempunyai instrumen canggih untuk mengesan musuh yang lari. Ada cuba yang lari, tetapi telah ditawan atau ditembak.

c. Planet Frieze kembali aman. Hamzah berterima kasih kepada Khalifah Zulqarnain.

d. Khalifah berbincang dengan Hamzah, bagaimanakah pihak Galaksi Muhsinin boleh membantu mereka.

e. Saki baki orang Zenzaburo ingin menyertai Galaksi Muhsinin.

f. Kolonel Ocitopus dirawat di hospital medan. Ia cedera parah.

g. Tawanan perang turut diberikan layanan yang sebaiknya.

h. Gagasan Galaksi Muhsinin semakin menyerlah. Kemasyhurannya tersebar luas. Semakin banyak koloni manusia yang ingin bergabung dengannya.

i. Tembok beku kebencian telah dileburkan. Kedinginan taufan kedengkian dan kemarahan digantikan dengan bayu lembut yang hangat dengan kasih sayang. Salju nista kezaliman dileburkan dengan aliran deras keadilan dan keamanan...

j. Nun jauh di sana, Maharaja Legion sedang sibuk menghadapi pemberontakan dalaman empayarnya...