Monday, January 21, 2008

Format Sinopsis Buku Fiksyen di PTS


Inilah contoh format menulis sinopsis yang betul menggunakan KJ METHOD.

(1) Setiap entri adalah 1 episod.
(2) Mudah bagi editor memahami jalan cerita yang terperinci dan memberi feedback ke atas setiap episod.
(3) Mudah menyelitkan episod-episod dan watak-watak tambahan.
(4) Mudah menulis 2 atau 3 novel serentak.

Sinopsis hendaklah dikirim dalam emel, sebab editor tidak suka membuka fail attachment kerana kerja itu leceh. (Kepilkan juga failnya.)

Ikut format di bawah ini:

Nama Penuh: Aliff Wajdi
Alamat:..........
HP:..........
Emel:..........


Latar belakang novel:

Genre: komedi sains fiksyen (siri komedi sains fiksyen & fantasi)

Sasaran: remaja

Jumlah bab: 23

Pengenalan:

Apabila Mangga Inc melancarkan iCat 2. Kegilaan manusia terhadap teknologi itu menjadi-jadi. Ada individu jahat dalam Mangga Inc. yang cuba mengambil kesempatan terhadap teknologi tersebut. Dr Yunus yang mencipta iCat tidak dapat menghalang mereka. Maka dia mencipta iCat 3 secara rahsia sejak awal lagi. Bila kasih sayang kepada haiwan menjadi pudar. Kerana kecanggihan teknologi yang mencabar. Megat merancang untuk melepaskan semua kucing daripada belenggu negative teknologi iCat.


Bab 1

· Yatim menyanyi di dalam sangkarnya sehingga dimarahi Megat.

· Megat menonton tv bersama Tuah tentang laporan penderaan kucing yang dimaklumkan oleh aktivis haiwan setelah iCat 2 dilancarkan oleh Mangga Inc.

· Program iCat 3 secara automatic menghidupkan fungsi ‘suara manusia’. Bahasa kucing Megat bertukar kepada bahasa manusia.

· Tuah yang mendengar terkejut. Megat member tahu tentang asal usulnya.

· Kata-kata Yatim memberi idea kepada Megat untuk menghentikan tindakan kejam manusia terhadap haiwan.

· Megat menggesa Tuah membantunya.

· Megat memberitahu Megat tentang rahsia iCat 3.

Bab 2

· Anum bermain piano. Tetapi lagu yang dimainkan menyakitkan telinga tuannya.

· Saat tuannya datang, dia lari menyembunyikan diri. Bila tuannya pergi, dia main kembali piano tersebut.

· Walaupun Anum merupakan kucing yang terkenal kerana mampu main piano. Dia dibuang kerana tuannya sudah memiliki iCat.

· Kerana Anum selalu dipinggirkan oleh tuannya dan selalu bercakaran dengan iCat tuannya.

· Anum mencakar-cakar kucing iCat dan menyebabkan dia dibuang dan Anum tetap kembali ke rumah tersebut.

· Tuannya cuba memotong misai Anum. Namun Anum mencakar kembali muka tuannya.

· Anum melarikan ke rumah Tuah untuk bersembang dengan Yatim ditepi jendela. Mereka berdua akan menyanyi-nyanyi lagu “Suriaram”

· Megat meminta Tuah menjaga Anum kerana tuannya sudah tidak suka dengan Anum lagi.

Bab 3

· Megat menggodam sistem computer Mangga dan menemui dokumen sulit CEO syarikat berkenaan.

· Dokumen itu mengandungi rancangan jahat pegawai Mangga Inc.

· Megat bertanya kepada seekor tikus makmal bernama Biskut mengenai En Akbar, CEO Mangga inc.

· Kerana Megat membawa biskut untuknya, Biskut pun memberitahu tentang En Akbar kepadanya.

· Megat kembali mencari maklumat melalui computer. Kemudian dia pergi menjumpai Bulat, kawannya.

· Bulat masih tidur dan di kejutkan oleh Megat. Ketiak dia bagun tidak habis-habis dia bersin.

· Mereka naik kebumbung untuk bersembang.

· Bila Bulat mengetahui rancangan jahat dari Mangga. Dia menjadi tidak tentu arah. Lalu didiamkan oleh Megat.

Bab 4

· Megat mematikan permainan computer yang baru dimulakan oleh Tuah.

· Megat memberitahu Tuah bahawa operasi sistem Felix mesti di hentikan. Megat memaparkan semua rancangan jahat Akbar kepada Tuah.

· Megat keluar untuk menemui beberapa iCat yang tinggal berdekatan.

· Dalam perjalanan dia jatuh terguling-guling kearah sebuah sangkar ayam.

· Pada ketika itu, Jebat, seekor ayam serama sedang bersenam. Megat hendak tahu sama ada Jebat mengetahui berapa ramai iCat yang tinggal di kawasan itu.

· Jebat memekik-mekik memanggil seekor merpati untuk bertanyakan kucing-kucing yang menjadi iCat.

· Si burung merpati menjelaskan tentang beberapa ekor iCat di kawasan tersebut.

Bab 5

· Tuah membawa Megat berjumpa dengan kawan-kawannya yang memiliki iCat.

· Sebelum pertemuan itu tuah singgah di sebuah kedai haiwan peliharaan. Megat berkenalan dengan arnab yang bernama Labu.

· Megat juga berkenalan dengan beberapa ekor kucing yang akan dijadikan iCat. Megat mendedahkan niak jahat Mangga Inc kepada mereka.

· Mereka bersedia untuk berjaga-jaga dengan tuan mereka nanti.

· Dalam perjalanan bus ada penyeluk saku cuba menyeluk dompet Tuah. Lalu Megat mencakar-cakar penjenayah itu.

· Setelah Tuah berjumpa dengan kawan-kawannya. Megat cuba mempengaruhi iCat lain agarinta iCat lain menyertainya. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

· Megat meminta mereka berkumpul disatu tempat untuk berbincang.

Bab 6

· Pada waktu malam, banyak iCat yang berkumpul untuk mengetahui agenda dan masalah yang dihadapi oleh iCat.

· Bermacam-macam iCat dari variasi kucing yang hadir. Megat menyampaikan sedikit ucapan dan Bulat tiba-tiba tidur. Dia mengejutkan Bulat.

· Dalam gelap gelita, Megat bercerita dengan penuh suspens sehingga menimbulkan pelbagai bentuk mood.

· Pelan jahat Mangga Inc didedahkan kepada audiens

· Tiba-tiba ada seekor tikus iaitu Biskut yang terjatuh ditengah-tengah mereka. Suasana menjadi kacau-bilau kerana kejutan itu.

· Semua mengelilingi Biskut dengan perasaan marah. Biskut cuba lagak seperti menyanyi dan terus angkat kaki lalu lari mencelahi mereka dan bersembunyi di belakang Megat.

· Megat meminta mereka bertenang kerana untuk misi tersebut bukan sahaja kucing yang memberi komitmen tetapi bangsa tikus juga. Kemudian perlahan-lahan tikus muncul dari celah pelbagai benda.

· Para kumpulan kucing terkejut dengan situasi berkenaan. Ketua komuniti kucing membantah dengan penyertaan musuh tradisi mereka. Ketua komuniti tikus membalas kata-kata musuh tradisinya pula. Kekecohan antara tikus dan kucing berlaku.

· Megat mententeramkan kedua-dua kumpulan itu. Kedua-dua kumpulan sepakat dan berbaik.

· Kumpulan fCat ditubuhkan secara rasmi.

Bab 7

· En. Akbar memantau projek sistem Felix yang sudah hampir siap dibangunkan.

· Dua sampel iCat diuji dan pada mulanya tidak berjaya berfungsi mengikut perancangan. Kucing itu menunjukan kelakuan dan tindakan yang pelik. Muka En. Akbar dicakar oleh kucing tersebut.

· Kucing yang lagi satu diuji. En Abu dijadikan mangsa ujikaji sebagai sampel manusia. Bila program dijalankan. Kucing yang diuji itu berjaya mengawal En. Abu.

· En. Akbar meminta agar sistem ditingkatkan lagi sebelum ia siap sepenuhnya.

Bab 8

· En. Akbar melancarkan sistem Felix kepada umum dan media. Pelancaran itu begitu menjadi perhatian seluruh dunia.

· Dia membuka pembelian online terhadap perisian-perisian yang menyokong kepada sistem Felix.

· Baru sahaja perisian itu dilancarkan ia mendapat sambuatan oleh berjuta-juta pengguna. Perisian itu pantas dimuat turun.

· Tuah dan Megat yang menyaksikan pelancaran itu melalui internet menjadi bimbang dengan sambutan pengguna iCat.

· Mereka menghantar email kepada Dr Yunus dengan memberitahu apa yang berlaku di Mangga Inc.

· Dr. Yunus menelefon memberitahu kepulangannya dari bercuti.

Bab 9

· Megat mencipta program anti-Felix.

· Megat install anti-Felix kepada peranti gelang leher miliknya.

· Dia meminta Yatim memaklumkan tentang anti-Felix kepada semua ahli fCat.

· Sambil menyampaikan berita, yatim menyanyikan lagu-lagu yang disukainya.

· Seringkali juga dia terlangar jendela rumah orang.

· Pada waktu malam fCat install program anti-Felix pada peranti gelang leher mereka.

Bab 10

· Dr. Yunus pulang ke tanah air.

· Dia mendapati program bahasa manusia Megat sudah berfungsi. Dia membuka cerita mengapa dia mencipta iCat 3.

· Dr. Yunus ke Mangga Inc untuk membantah penggunaan sistem Felix. Megat dan Tuah mahu ikut tapi tidak dibenarkan.

· Dr. Yunus pergi bersemuka dengan En Akbar dan membantah pelannya.

· En Akbar menunjukkan sistem Felix kepada Dr Yunus. Dr Yunus gesa agar Felix itu ditutup dengan kadar segera.

· Dr. Yunus ditangkap oleh orang-orang En Akbar dan disembunyika di satu tempat. Beliau melepaskan Biskut yang dibawa bersamanya secara rahsia.

· Biskut membawa perakam yang dipasang oleh Dr Yunus untuk diserahkan kepada cucunya dan Megat.

· Tuah menerima kiriman perakam Dr Yunus melalui Biskut.

· Megat mengumpulkan Bulat, Yatim, Jebat, Anum dan lain-lain untuk memaklumkan yang Dr Yunus diculik.

Bab 11

· Di makmal haiwan PTI ada 4 ekor anjing yang dipilih oleh saintis untuk menjadi iGuard. iGuard berfungsi sebagai polis iCat.

· Dr. Yunus dibawa bersama untuk menyaksikan demo itu.

· Gelang leher dipakaikan kepada 4 anjing tersebut dan iGuard di uji. iGuard mengaktifkan sistem senjata.

· Dr. Yunus terkejut apabila mendapati iGuard mempunyai sistem pertahanan yang boleh membahayakan iCat dan orang awam.

· Skrin besar memaparkan lebih kurang ratusan iGuard yang akan beroperasi dalam masa terdekat.

· Kemudian En Akbar mendedahkan rancangannya untuk menakluk umat manusia melalui sistem Felix yang boleh mempengaruhi minda manusia.

Bab 12

· Mangga Inc sengaja mencipta propaganda di media yang iCat telah membahayakan keselamatan manusia. Bahaya tersebut akibat ancaman virus yang dicetuskan oleh penggodam mahir.

· Masyarakat yang dengar jadi bimbang dengan propaganda itu. Dengan itu Mangga Inc berjanji akan membantu pengguna dengan menggunakan Felix dan iGuard sebagai pemerhati kepada aktiviti luarbiasa iCat.

· Pusat Teknologi Inteligen (PTI) Mangga Inc menghantar beberapa iCat yang diprogramkan untuk membuat kacau-bilau di kejiranan-kejiranan.

· Setelah berlaku onar buatan iCat. Masyarakat gesa Mangga Inc tangani isu berkenaan. Banyak kucing tidak bebas lagi semenjak itu, juga banyak penderan kucing berlaku.

· Mangga Inc melancarkan iGuard. Pelanaran iGuard itu disokong oleh pengguna seluruh negara. Sistem pertahanan Felix diaktifkan.

· En. Akbar mengetahui mengenai iCat 3 melalui dokumen yang ditemui oleh saintis En Akbar yang juga kawan baik Dr Yunus.

Bab 13

· Megat menggodam sistem Felix tetapi tidak berjaya.

· Dr. Yunus diminta mendedahkan tentang iCat 3 kepada En Akbar. Namun Dr Yunus tetap tidak tunduk dengan gesaan Akbar.

· Akbar ugut untuk menculik cucunya jika maklumat mengenai iCat 3 tidak dibongkarkan oleh Dr Yunus.

· En Abu menggunakan mesin penjejak memori terhadap Dr Yunus untuk mengumpul maklumat mengenai arkitektur iCat 3.

· Rahsia iCat 3 berjaya dibongkar. Mereka risau kerana sudah mengetahui yang iCat 3 sebenarnya adalah ancaman kepada Felix.

· Mereka tahu iCat 3 telah menggodam sistem Felix.

· Saintis memprogramkan iGuard agar memburu iCat 3 (Megat)

Bab 14

· Pada waktu malam, iGuard dilepaskan untuk mengintip iCat 3.

· Megat dan Tuah memasang sistem pertahan di dalam rumah mereka.

· iGuard berjaya menjejaki iCat 3. Bagamaimanapun tidak berjaya melepasi sistem keselamatan yang dicipta oleh Megat.

Bab 15

· iCat memberontak kerana tidak diberi kebebasan oleh tuan mereka seperti sebelum itu. Mereka melakukan pelbagai hal sebagai tanda protes.

· Pasukan pencegah dari PTI digerakkan. Banyak-banyak iCat ditangkap untuk diprogramkan semula oleh PTI.

· Kerana begitu banyak iCat diprogramkan semula. Anum minta Megat bersatu dengan kumpulan iCat terbiar yang berkuasa.

· Megat berjumpa ketua kumpulan iCat terbiar disebuah gudang lama.

· Kumpulan itu pula bukan mudah menerima kehadiran iCat peliharaan manusia. Ketua kumpulan itu menolak pelawaan Megat.

· Hitam, ketua kumpulan menyatakan dua syarat untuk kumpulannya menyertai fCat. Pertama dia harus beradu kekuatan dengannya dan kedua dia harus beradu kebijaksanaan.

· Megat beradu kekuatan dengan Hitam. Megat menang dan ketua itu akur.

· Pertandingan kedua; berbalas pantun. Megat juga menang pada kali tersebut. Mereka menyertai fCat.

· Megat mengumpulkan iCat terbiar untuk membebaskan iCat yang ditangkap.

Bab 16

· Mangga Inc menghantar pasukan pencegah iCat pada waktu malam.

· Pasukan itu diserang oleh kumpulan fCat dan iCat yang akan di bawa ke PTI Mangga dibebaskan.

· iGuard mengejar fCat. iGuard melapaskan bebola jaring bagi menangkap fCat. Beberapa fCat sempat mengelak.

· Kemudian iGuard menggunakan tembakan laser. Anum menerkam iGuard dari belakang dan mencakarnya sungguh-sungguh. Anum terpelanting dan melarikan diri.

· fCat berjaya menumpaskan iGuard kali ini. iGuard berundur. Bagaimanapun Bulat berjaya ditangkap.

· Banyak iCat dapat diselamatkan dan ini membimbangkan Mangga Inc.

Bab 17

· Megat mengumpulkan semua ahli fCat di gudang terbiar. Mereka merancang untuk meyelamatkan Dr Yunus dan mematikan sistem Felix.

· Pelan pusat teknologi dibentantangkan dan setiap ahli mendapat peranan masing-masing.

· Misi mereka dinamakan “Lasykar Kebebasan”.

· Latihan dipersiapkan bagi menghadapi iGuard dan pertahanan Felix.

· Para fCat menyembunyikan gelang tangan iCat milik tuan mereka agar ia tidak digunakan untuk mengawal mereka.

Bab 18

· Felix menghidupkan program kawalan otak. Mata iCat dan manusia menjadi hijau. Semua iCat dan manusia pengguna iCat dikawal oleh Felix. Manusia dan iCat yang dikawal menjadi seperti zombie.

· fCat dalam keadaan bahaya. Bandar menjadi huru hara. Ia menjadi isu utama dalam berita.

· fCat bersedia untuk memulakan misi mereka.

Bab 19

· Megat mencipta peranti yang dapat mematahkan kawalan otak oleh Felix.

· fCat berjaya melemahkan kawalan Felix terhadap beberapa iCat kemudian.

· Megat dan kawan-kawannya cuba untuk menyelamatkan Bulat di PTI. Usaha fCat cuba dihalang oleh iGuard.

· Rancangan mereka terpaksa dibatalkan. Megat mengumpul semua fCat untuk melaksanakan misi “Lasykar Kebebasan”.

· Semua perancangan dipelankan secara teliti. Latihan ditingkatkan. Semua haiwan fCat bersatu dan berusaha keras untuk membebaskan banyak iCat lagi dan memusnahkan Felix.

Bab 20

· Semua anggota fCat dikumpulkan untuk menyerang PTI Mangga.

· Mereka meyusup melalui terowong yang berhubung dengan pusat tersebut.

· fCat berjaya memasuki makmal. Mereka masuk kebilik keselamatan dan member minum julab kepada para pengawal keselamatan.

· Pengera dibunyikan dan En Akbar melepaskan iGuard. Secara terancang iGuard menjejak fCat. iCat yang ramai terdapat di makmal haiwan diprogram untuk menyerang fCat.

· En Akbar dan En Abu lari ke bilik Felix. Megat dan bebeapa fCat yang lain menggodam sistem keselamatan. Semua pintu dibuka untuk member laluan mudah kepada fCat.

· Berlaku pertempuran antara fCat seperti kumpulan ayam, tikus, monyet, anjing, arnab dan sebagainya dengan iCat yang diprogramkan.

· Felix mengarahkan iCat seluruh bandar menuju makmal tersebut untuk menyerang fCat. iCat yang dikawal Felix bergerak seperti zombie.

· iCat yang dikawal Felix cuba menentang fCat. Berlaku pertempuran antara mereka semua.

Bab 21

· Antara iCat yang dikawal adalah Bulat, kawan baik Megat. Bulat melawan Megat.

· Bulat menggunakan kung fu yang luar biasa untuk melawan Megat. Megat dapat mengelak serangan Bulat.

· Menggunakan peranti anti-Felix kepada Bulat. Percubaan itu gagal. Bulat masih menjadi seperti zombie.

· Sedang berlaku pertempuran sengit. Anum cuba melempang Bulat tetapi Bulat juga tidak sedar-sedar.

· Megat mengeluarkan senjata terakhir untuk melawan Bulat, iaitu pistol bebola ikan. Bulat makan semua peluru bebola ikan yang ditembak kepadanya.

· Dengan tiba-tiba Bulat pulih serta merta.

Bab 22

· Megat memuat naik virus Kutu kepada Felix.

· Felix menjadi tidak stabil akibat penyebaran virus tersebut. Akibat keadaan itu iCat di bawah kawalan Felix menari joget tiba-tiba.

· Pertempuran mula terhenti dengan bertukar majlis tari-menari.

· Dr Yunus dibebaskan oleh Tuah. Dr Yunus mendapatkan polis

· 4 ekor iGuard 2 dibebaskan. Mereka mempunyai kelengkapan yang canggih. Banyak fCat yang ditewaskan.

· Felix mengaktifkan antivirus Shampoo dan serangan virus Kutu lumpuh. iCat yang dikawal aktif semula. Pertempuran bertukar sengit.

· Megat dan yang lain tidak dapat membantu.

· Dr Yunus datang bersama anggota polis. Tetapi mereka keliru bagaimana untuk menangani masalah tersebut.



Bab 23

· Beratus-ratus tikus menyerang bilik Felix dan merosakkan litar di sana. Beratus-rantus unggas menyerang menara pemancar PTI.

· Sistem Felix jadi tidak menentu dan tergendala. En. Akbar dan En Abu lari masuk ke silinder pertahanan Felix.

· Makmal lumpuh. Rantai leher semua iCat tanggal secara automatic. iCat menjadi normal kembali. iGuard mati. Mereka menjadi sangat gembira dengan kejadian itu.

· Felix mencabar agar fCat mematikannya. Namun, segala kabel sambungan kepada Felix sudah diputuskan sistem. Tiada sesiapa lagi dapat menewaskan Felix. En Akbar dan Abu ketawa kesukaan.

· Bumbung dan lantai bertingkat PTI terbuka satu demi satu. Sistem Felix bertukar menjadi mirip roket. Felix akan melancarkan dirinya untuk mengawal seluruh umat manusia dan haiwan.

· Biarpun Felix dikepung berjuta-juta haiwan. Namun tiada siapa dapat membantu. Semua haiwan menjadi hampa.

· Tiba-tiba Yatim menyanyi lagu sedih. Ini memberi idea kepada Megat. Dia membisikkan kepada Biskut dan Biskut menyebarkannya kepada fCat dan iCat yang lain. Dengan pembesar suara dia menyeru semua iCat masuk ke bilik Felix.

· iCat berhimpun mengelilingi bangunan yang tengahnya sistem Felix berdiri. Megat memancarkan panel digital besar, dia membuat pemilihan. Dan sebuah irama bergema melalui seluruh pembesar suara pusat itu.

· Dengan isyarat Megat dan Yatim memulakan nyanyian. Kemudian disambut para fCat, iCat, tikus-tikus, unggas-unggas dan haiwan-haiwan lain.

· Paduan suara itu menyebabkan nyayian itu boleh didengar pada kejiranan berhampiran. Para anggota Polis menjadi kaku dengan kejadian tersebut.

· Kaca jedela pecah berkecai kerana vocal mantap berkenaan. Gelombang itu menyebabkan silinder pertahanan Felix retak. Kemudian berderai.

· Sedang para kucing masih melontarkan vokalnya, para tikus maju meyerang sistem Felix. Kabel-kabel menjadi rabak.

· Jebat dan kawan-kawan ayamnya menyerang En Akbar dan En Abu sehingga mereka pengsan. Felix cuba mengeluarkan senjata dan bertukar menjadi robot gergasi. Tetapi, sistem Felix gagal lalu mati akibat kerosakan teruk.

· En Akbar dan En Abu ditangkap polis.



.......................

Azrul bin Jaini.
Block A, Nombor 9, Tingkat 11, Kondominium Putra Villa,
Gombak Poskod 2567,
Selangor Darulehsan.
Nombor: HP 012 456 432
Emel: azruljaini@yahoo.com


JUDUL: “Galaksi Muhsinin”
Penulis: Azrul Jaini

BAB 1. Kozakium dan Sampel Genetik
BAB 2. Pangkalan Misteri
BAB 3. Penemuan Proba Eksplorasi
BAB 4. Misi Siasatan
BAB 5. Bandar Purba...
BAB 6. Azan di Planet Frieze
BAB 7. Dendam Laksamana Hanomage
BAB 8. Gua Kahfi
BAB 9. Mesej Penting Untuk Khalifah
BAB 10. Ancaman Misil Orbital Mobil
BAB 11. Projek Sempurna!
BAB 12. Gajet Jaringan Ion Ankabut
BAB 13. Ofensif Mengejut
BAB 14. Penangan Perajurit Super Generasi Zenzaburo II
BAB 15. Rahsia Pahlawan Ais
BAB 16. Darah Hijau
BAB 17. Zenzaburo : Kesudahan Selama-lamanya
BAB 18. Lebur Salju Nista


BAB 1. Kozakium dan Sampel Genetik

a. Pasukan Galaksi Muhsinin berjaya menawan kota Hidrozaki sepenuhnya. Orang-orang Zenzaburo tidak memihak lagi kepada Federasi, kecuali pengikut-pengikut yang setia.

b. Pasukan Galaksi Muhsinin membersihkan Planet Kozaki daripada musuh. Segala ancaman telah dineutralkan. Planet Kozaki diisytihar selamat.

c. Ansari, sahabat Khalifah Zulqarnain yang merupakan spesialis bioteknologi Galaksi Muhsinin dihantar ke Planet Kozaki untuk mengkaji bahan kozakium dan sampel genetik tentera prototaip Federasi.

d. Galaksi Muhsinin ingin membongkar rahsia bahan kozakium bagi mencari penawar untuk orang Zenzaburo dan mengkaji tentera prototaip Federasi.

e. Ansari mahu mengkaji bahan kozakium dengan lebih dekat daripada sumber asalnya, iaitu di dasar laut planet itu.

f. Ansari dibawa ke dasar laut untuk mengekstrak sebahagian mineral kozakium serta diiringi oleh dua kapal selam Sub-Recon.

g. Dalam proses mengekstrak kozakium, tiba-tiba mereka diburu oleh kapal selam tempur mini yang tidak dikenali.

h. Isyarat kecemasan dihantar. Kapal selam Ansari bersembunyi di dalam sebuah gua dasar laut. Kapal selam pengiringnya cuba untuk menentang, tetapi dapat ditumpaskan.

i. Ansari mengimbas topografi dasar laut dan gua yang dimasukinya.

j. Terdapat sebuah terowong kecil yang membawa kepada sebuah gua yang sangat besar.
k. Sebelum terowong besar itu, terdapat gua-gua kecil yang mempunyai ruang udara.

l. Dia juga mendapati ada kesan aktiviti yang membebaskan isyarat aneh. Ansari curiga.

m. Ansari mengambil keputusan untuk memasukinya.

n. Dalam gelap, perlahan-lahan Ansari mengemudi kapal selamnya dan sampai di salah satu gua kecil yang mempunyai sambungan kepada gua yang besar itu.

o. Ansari mengaktifkan instrumen menguji persekitaran sekiranya selamat ataupun tidak. Gua itu selamat digunakan tanpa menggunakan perkakas bantu hidup.

p. Di hujung gua ada sinar cahaya. Ansari merapatinya. Ia sampai ke hujung gua.

q. Ansari terperanjat melihat apa yang ada di dalam gua itu. Dia cuba menghubungi pihak Galaksi Muhsinin di kota Hidrozaki.

r. Namun transmisi isyarat tidak berfungsi dengan baik.


BAB 2. Pangkalan Misteri

a. Mujahidin di kota Hidrozaki menerima isyarat yang lemah dari dasar laut. Pegawai mujahidin mengarahkan untuk mengesan kedudukan sumber isyarat yang sebenar.

b. Komander mujahidin percaya bahawa isyarat itu ialah daripada kapal selam yang terselamat daripada serbuan pihak yang tidak dikenali.

c. Manakala Ansari membuka halangan besi yang menutupi hujung gua. Ia keluar dari gua dan bersembunyi di sebalik tong-tong.

d. Dilihatnya terdapat orang-orang yang sedang memunggah barang ke dalam kapal-kapal selam. Tempat ini dikawal oleh peronda dan sentri.

e. Ansari tahu bahawa sebahagian daripada pengawal ialah tentera Zenzaburo.

f. Ansari cuba untuk beralih dari satu tempat ke satu tempat dengan perlahan-lahan.

g. Ia mahu tahu pangkalan apakah ini. Dilihatnya ada sebuah ruang kawalan yang tidak dikawal oleh sesiapa.

h. Ansari mengakses komputer.

i. Sah, pangkalan itu merupakan pangkalan rahsia Federasi Generasi Zenzaburo dan sisa Militia Serigala, Militia Kondor, Milititia Raider dan Militia Konvoi Gladiator.

j. Terdapat juga pihak Liga Lanun berurusan di pangkalan ini.

k. Pangkalan itu terletak di salah sebuah pulau kecil. Di permukaan pulau, ada sebuah landasan pelancar pesawat angkasa. Landasan ini tersembunyi daripada pihak Galaksi Muhsinin.

l. Didapati juga, beberapa buah pesawat freighter kargo serta pengiring akan berlepas ke sebuah planet. Ansari membuat salinan data penerbangan.

m. Data selesai disalin. Ia mengeluarkan cakera optiknya dan memasukkan ke dalam poket. Ansari bergerak perlahan-lahan.

n. Tiba-tiba, Ansari ditahan oleh seorang sentri. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia dibawa ke lokap pangkalan.

o. Ansari disoal siasat. Orang Kanan Hanomage, Kolonel Ocitopus cuba memaksa Ansari mengaku membuat intipan.

p. Dialog berlaku. Ansari menjawab dengan tenang dan berani.

q. Kolonel Ocitopus mengugut akan menembak Ansari.

r. Tiba-tiba gegaran berlaku. Isyarat kecemasan berbunyi. Detasmen Mujahidin Elit ke-15, ke-14 dan ke-16 membuat serangan kejutan!

s. Tentera Garison Zenzaburo, infantri elit Akizuki, militia Liga Lanun cuba memberikan tentangan. Tetapi mereka tidak berjaya mengekang kemaraan mujahidin elit. Kolonel Ocitopus memerintahkan agar evakuasi kecemasan dijalankan.

t. Mujahidin cuba menyelamatkan Ansari. Kolonel Ocitopus meloloskan diri dan membawanya menaiki lif untuk ke permukaan pulau.

u. Kolonel Ocitopus dan tenteranya yang setia berjaya melarikan diri ke angkasa lepas.

v. Walaubagaimanapun, mujahidin menjumpai cakera optik Ansari yang dijatuhkan oleh Ansari di dalam lokap.


BAB 3. Penemuan Proba Eksplorasi

a. Kolonel Ocitopus sampai di sebuah pangkalan gua di planet yang dilitupi ais.

b. Dia membawanya kepada Laksamana Hanomage.

c. Dialog antara Laksamana Hanomage dan Ansari berlaku.

d. Kolonel Ocitopus ingin agar Ansari disoal siasat atau dipenjarakan kerana mengintip mereka untuk Galaksi Muhsinin.

e. Laksamana Hanomage menolak. Ia berfikiran bahawa dia tidak diperlakukan sedemikian, sebaliknya ia ingin mengeksploitasi kepakaran Ansari.

f. Ansari berdegil. Dia mempertahankan pendiriannya tidak akan tunduk kepadanya.

g. Laksamana Hanomage tidak berputus asa. Ia berusaha memujuk Ansari dengan pelbagai tawaran.

h. Di Planet Kozaki, mujahidin berjaya menawan pangkalan misteri itu.

i. Analisa data dijalankan. Ansari gagal ditemui. Mereka menemui cakera optik kepunyaan Ansari dan menganalisanya.

j. Analisa data di Atol S7 selesai. Pihak Galaksi Muhsinin mendapat tahu bahawa pangkalan itu sebenarnya beroperasi untuk melombong sebanyak mungkin bahan kozakium secara rahsia dan membawanya ke satu planet ais, iaitu Planet Frieze di galaksi Samarium.

k. Bahan itu sangat penting, iaitu untuk Projek Zenzaburo II! Projek penaiktarafan Perajurit Super Generasi Zenzaburo II; lebih mantap daripada prototaip di Planet Kozaki.

l. Tentera yang ditempatkan adalah untuk melindungi aktiviti daripada musuh.

m. Daripada cekera optik milik Ansari, mereka mengetahui koordinat planet dan destinasi dengan tepat.

n. Proba eksplorasi dihantar ke Planet Frieze. Siasatan mendapati ciri di planet itu bertepatan dengan data yang dianalisa.

o. Planet itu terletak di galaksi Samarium. Galaksi ini merupakan salah satu wilayah jajahan Empayar.

p. Khalifah Zulqarnain yang berada di Planet Kozaki mengarahkan dua detasmen mujahidin elit dihantar untuk menyiasat.

q. Dua detasmen ini akan diiringi oleh satu skuadron pengiring. Ia menyedari bahawa misi ini sangat berbahaya kerana jarak operasi yang jauh di dalam kawasan musuh.

r. Namun, Empayar sedang sibuk memadamkan api pemberontakan di serata wilayah.

s. Didapati, tidak ada pasukan Empayar yang ditempatkan di sini.


BAB 4. Misi Siasatan

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan ke-22 dihantar untuk siasatan. Dengan beberapa pesawat pengiring, mereka memasuki ruang atmosfera Planet Frieze.

b. Pesawat Aadiyat mengalami kesukaran kawalan akibat cuaca buruk.

c. Kabus tebal, ribut salji dan angin yang kuat melanda.

d. Mereka terputus hubungan. Pesawat Aadiyat yang dinaiki Detasmen Elit ke-15 melakukan pendaratan cemas di dataran ais yang dikelilingi oleh hutan.

e. Pesawat Aadiyat terhempas. Kesemua krew dan penumpang pengsan akibat gegaran ketika mendarat.

f. Mujahidin terbangun. Mereka berada di permukaan ais atas tasik yang sedang merekah!

g. Kesemua individu segera melepaskan diri dan berenang ke tepian.

h. Pesawat Aadiyat tenggelam di dalam air yang membeku.

i. Mereka cuba menghubungi pihak yang satu lagi tetapi transmisi tidak berfungsi.

j. Mujahidin menggunakan radas imbas topografi untuk mengetahui kedudukan mereka dan keadaan bentuk muka bumi serta iklim planet.

k. Mereka mencari tempat berlindung daripada ribut salji.

l. Sementara di pangkalannya, pihak Laksamana Hanomage mengesan beberapa objek memasuki ruang atmosfera Planet Frieze.

m. Dia mengarahkan tentera Federasi menyiasat. Beberapa pasukan peninjau daripada infantri elit Akizuki dan proba tempur dilancarkan.


BAB 5. Bandar Purba...

a. Ribut salji telah reda. Mujahidin dan krew pesawat Aadiyat keluar dari gua dan cuba mencari pasukan yang terpisah tadi.

b. Transmisi perhubungan dibuat. Komunikasi berjaya dilakukan meskipun kurang jelas. Cuaca buruk masih melanda lokasi Detasmen Mujahidin Elit ke-22.

c. Komander mujahidin sempat memberitahu lokasi mereka sebelum terputus hubungan.

d. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan krew memulakan perjalanan. Mereka perlu merentasi jarak yang agak jauh dengan berjalan kaki.

e. Ini kerana jentera mereka telah tenggelam di dalam tasik.

f. Setelah beberapa lama berjalan, mereka menemui sebuah bandar yang ditinggalkan.

g. Mereka berjalan dengan berhati-hati. Mereka mendapati bahawa kenderaan-kenderaan di tepi jalan tersadai. Tiang-tiang yang runtuh dan ada juga bangunan yang rosak teruk. Seperti pernah ada peperangan yang telah berlaku.

h. Mereka cuba membaca papan-papan tanda, tetapi sukar difahami kerana sudah terlalu lusuh.

i. Sensor mujahidin mengesan pergerakan sesuatu. Mereka bersedia dengan senjata dan bergerak dengan lebih berhati-hati.

j. Mereka bergerak dengan lebih pantas dan sampai di pinggir bandar. Mereka perlu merentasi sebuah hutan untuk sampai ke kawasan pergunungan, lokasi Detasmen Mujahidin Elit ke-22 terhempas.

k. Mereka cuba menghubungi Detasmen Mujahidin Elit ke-22, tetapi masih gagal.

l. Perjalanan diteruskan ke arah lokasi terhempas. Mereka sampai di sebuah lapangan ais. Pesawat Aadiyat Detasmen Mujahidin Elit ke-22 ditemui! Radas pengimbas topografi dipasang. Benar, lapangan itu bukan merupakan tasik dan selamat untuk berjalan melaluinya.

m. Ketika menghampiri pesawat, mereka menghantar isyarat melalui radio interkom, tetapi tiada maklum balas. Tiba di pesawat, tiada siapa di sana!

n. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mencari di sekitar hutan.

o. Hari semakin gelap. Komander mujahidin mengambil keputusan untuk berehat. Mereka bergilir-gilir berjaga malam.


BAB 6. Azan di Planet Frieze

a. Hari di Planet Frieze masih gelap.Komander mujahidin mengarahkan untuk bergerak. Dia telah mengesan sebuah petempatan melalui radas pengimbas topografi.

b. Fajar menyinsing. Sudah masuk waktu subuh. Mereka terdengar bunyi azan. Mereka segera ke sana.

c. Sebuah koloni manusia ditemui. Di situlah sumber azan.

d. Sensor mujahidin mengesan pergerakan-pergerakan objek yang laju. Terkadang objek itu hilang pada bacaan pengimbas infra merah pada helmet mujahidin.

e. Perisai plasma dan raifal Nur-24 diaktifkan.

f. Tiba-tiba... mereka diserbu dan ditahan oleh sekumpulan pihak yang tidak dikenali. Pihak itu mengancam bahawa perisai plasma mujahidin dan krew tidak berkesan bagi mereka. Mujahidin kehairanan.

g. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan krew berada dalam keadaan disadvantaj. Walaubagaimanapun, mereka enggan mengaku kalah. Namun, memang benar, persenjataan pasukan yang tidak dikenali itu mengatasi pasukan Galaksi Muhsinin.

h. Pasukan Galaksi Muhsinin ditawan dengan jaring ion yang dilepaskan oleh pasukan misteri.

i. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan krew dibawa ke sebuah koloni iglu.

j. Mereka dibawa ke dalam sebuah lokap dan bertemu dengan Detasmen Mujahidin Elit ke-22 beserta krew Aadiyat mereka.

k. Mujahidin bertanya, adakah azan itu daripada koloni mereka.

l. Ketua koloni memperkenalkan dirinya sebagai Hamzah. Ia mengakui bahawa azan daripada masjid iglu. Ia memberitahu bahawa seluruh komuniti koloni ini beragama Islam.
m. Komander mujahidin meminta kebenaran untuk solat Subuh dahulu. Hamzah membenarkan, tetapi tanpa membawa senjata.

n. Mereka segera solat.

o. Mujahidin dibawa kembali ke ruang tahanan. Mereka dibenarkan bebas tanpa diikat dengan gari ion.

p. Hamzah meminta mereka menerangkan siapakah mereka sebenarnya. Komander mujahidin memberi kepercayaan kepada Hamzah. Dialog berlangsung.


BAB 7. Dendam Laksamana Hanomage

a. Manakala di pangkalan Federasi, Laksamana Hanomage menerima laporan daripada pasukan peninjau yang dilancarkannya.

b. Mereka menemui bangkai Aadiyat milik Detasmen Mujahidin Elit ke-22. Mereka juga menemui kesan tapak kaki yang mencurigakan menuju ke arah sebuah petempatan yang tersembunyi daripada pemetaan Federasi.

c. Laksamana yakin bahawa pasukan mujahidin ini dihantar untuk mencari Ansari dan memburunya.

d. Laksamana mengarahkan membuat siasatan lanjut. Mereka yakin bahawa mujahidin bersembunyi di situ.

e. Laksamana Hanomage dengan penuh dendam mengarahkan satu batalion tenteranya melancarkan serangan atas koloni itu. Dia terkenang akan kekalahannya ketika bersama-sama Konfederasi Reconquista dan di Planet Kozakium.

f. Dialog kedua-dua pihak masih berlangsung. Rupa-rupanya koloni ini merupakan waris langsung daripada generasi pertama Galaksi Muhsinin.

g. Dari sinilah teknologi asal Galaksi Muhsinin dibangunkan. Tetapi kekacauan yang berlaku 95 tahun yang lalu telah menyebabkan planet ini tidak selamat didiami lagi.

h. Bangsa Tibiotarsus melancarkan pemberontakan dan berlakulah perang yang hebat. Perang yang berpanjangan memakan korban yang tinggi. Kebuluran berleluasa.

i. Meskipun, populasi orang Tibiotarsus berkurangan dengan mendadak. Berbanding dengan orang Islam, mereka masih stabil walaupun kebuluran begitu serius.

j. Orang Islam telah mengambil keputusan: ada yang mahu bertahan dan berjuang di Planet Frieze dan sebahagiannya ingin berhijrah ke sebuah planet yang baru ditemui, iaitu planet yang mereka namakan sebagai Planet Ihsan H-2.

k. Orang Islam diketuai oleh Abu Yusuf memimpin mereka ke sana dan menerokai Planet Ihsan H-2.

l. Faktor terputus hubungan dan kehilangan data lokasi ruang relativiti Planet Frieze, pihak Galaksi Muhsinin tidak dapat mencari kembali planet ini.

m. Komander mujahidin meminta pertolongan koloni ini mencari pangkalan Federasi dan dibenarkan menggunakan alat komunikasi inter-galaksi koloni. Alat komunikasi Galaksi Muhsinin rosak teruk ketika pendaratan kecemasan.

n. Hamzah bersetuju. Ia memberikan senjata koloni untuk kegunaan mujahidin (yang lebih sesuai dalam pertempuran geografi ais) dan radas pengimbas topografi khas.

o. Hamzah berdukacita koloni ini tidak mempunyai alat komunikasi inter-galaksi. Ia teringat, mungkin gudang purba peninggalan generasi Abu Yusuf terdapat alat itu dan peralatan lain.

p. Letupan besar berlaku. Tentera Federasi memulakan serangan.

q. Mujahidin Galaksi Muhsinin dan koloni iglu bekerjasama menentang tentera Federasi. Nyata ia sebuah gabungan yang mantap.

r. Tentera Federasi berjaya dihalau. Tetapi ramai orang koloni terkorban.

s. Hamzah tiada pilihan melainkan untuk berada di koloni membantu yang cedera dan menguatkan pertahanan. Dia memberitahu kedudukan gudang yang terletak di kawasan pergunungan. Gudang itu terletak di dalam sebuah gua, iaitu Gua Kahfi.

t. Dia menyerahkan kod akses gerbang utama gudang, KF-18. Dia mengingatkan bahawa Gua Kahfi mungkin berbahaya untuk dimasuki.

u. Ini kerana setelah bangsa Tibiotarsus gagal menawan gudang itu, mereka mereka pelbagai jenis perangkap dan droid asasin.

v. Pasukan mujahidin berpecah kepada beberapa kumpulan. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 akan mencari pangkalan Federasi. Krew-krew Aadiyat ditugaskan untuk membantu koloni. Manakala Detasmen Mujahidin Elit ke-15 akan berusaha mencari Gua Kahfi.

w. Laksamana Hanomage berang mendapat tahu pasukan tenteranya ditumpaskan. Dia menghantar lagi pasukan tambahan menyerang koloni itu.

x. Projek Zenzaburo II mesti disempurnakan...


BAB 8. Gua Kahfi

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mendaki gunung. Jet lompat tidak digunakan bagi mengelakkan dikesan oleh tentera Federasi.

b. Setelah beberapa lama pendakian, tiba-tiba pesawat ronda Federasi mengesan mereka. Mereka akhirnya selamat pendakian memasuki mulut gua.

c. Perkara ini dilaporkan kepada Laksamana Hanomage. Dia segera mengarahkan sepasukan infantri elit memburu mujahidin.

d. Mujahidin menggunakan radas pengimbas topografi untuk mengemaskini bentuk muka bumi gua.

e. Perjalanan agak berbahaya. Mereka terpaksa menghadapi pelbagai rintangan: laser siling, droid asasin, jerangkap mekanikal dan sebagainya.

f. Akhirnya mereka menjumpai gerbang utama gudang. Kod akses dimasukkan. Pintu gerbang dibuka.

g. Infantri elit Akizuki sampai di mulut gua. Mereka segera bergerak dan ke dalam gua dengan mudah kerana rintangan rekaan orang Tibiotarsus telah dimusnahkan oleh mujahidin.

h. Mujahidin memasuki ruang kawalan gudang. Gudang diaktifkan. Terang benderang. Data diakses. Mujahidin sangat kagum akan teknologi nenek moyang mereka.


BAB 9. Mesej Penting Untuk Khalifah

a. Alat komunikasi iner-galaksi ditemui. Ia masih berfungsi. Mujahidin tidak mengalami kesukaran untuk memahami penggunaan radas kerana banyak persamaan dari segi asas teknologi.

b. Mujahidin menyambungkan siaran gudang dengan Planet Furqan dan seterusnya kepada Khalifah Zulqarnain di Planet Ihsan H-2.

c. Dialog berlaku. Komander menceritakan perkara yang penting.

d. Mujahidin mendapati bahawa gerbang gudang ditebuk dengan menggunakan gerudi bakaran.

e. Tentera elit Akizuki menggempur mujahidin. Mereka ramai.

f. Mujahidin berusaha mengakses kawalan turet pertahanan gudang. Namun belum berhasil.

g. Pertempuran sengit berlaku di gudang.

h. Manakala di koloni, serangan diperhebat. Infantri elit Akizuki disokong oleh perlindungan udara dan tentera Garison Zenzaburo.

i. Mesej untuk Khalifah Zulqarnain dipintas oleh pihak Federasi.

j. Laksamana Hanomage menyambungkan perhubungan kepada Khalifah Zulqarnain. Dia mengancam akan menghancurkan pasukan mujahidin dan sesiapa bersama mereka.

k. Khalifah enggan. Ia memberi amaran kepada Laksamana Hanomage akan akibat melakukan kerosakan. Ia mengarahkan armada Galaksi Muhsinin dihantar bagi menumpaskan rancangan jahat Laksamana Hanomage.

l. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 berjaya mengesan pangkalan rahsia Federasi berdasarkan maklumat cakera optik milik Ansari. Mereka membuat intipan tanpa dikesan oleh sesiapa pun.


BAB 10. Ancaman Misil Orbital Mobil

a. Khalifah Zulqarnain berada di Planet Anfal An-8 untuk memeriksa persiapan mujahidin.

b. Kali ini kekuatan armada Galaksi Muhsinin untuk ekspidisi ke Planet Frieze ditambah berbanding di Planet Kozaki.

c. Korvet, kapal angkasa tempur baru Galaksi Muhsinin menguatkan lagi pasukan Galaksi Muhsinin.
d. Juga, robot tempur terbaru Galaksi Muhsinin, Asad akan digunakan untuk tujuan ini.

e. Namun, pasukan mujahidin elit akan dihantar terlebih dahulu untuk membebaskan Ansari, memusnahkan laboratorium Projek Zenzaburo II dan menewaskan Laksamana Hanomage serta konco-konconya.

f. Khalifah menugaskan salah seorang daripada ahli syura untuk mentadbir Galaksi Muhsinin sementara waktu khalifah mengepalai ekspidisi Planet Frieze.

g. Di Planet Frieze, sekali lagi koloni iglu berjaya dipertahankan. Laksamana Hanomage bertambah berang. Ia mendesak para saintis untuk mempercepat penyempurnaan Projek Zenzaburo II.

h. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 masih bertempur dengan infantri elit Akizuki di gudang Gua Kahfi. Khalifah telah memaklumkan bahawa armada Galaksi Muhsinin dalam perjalanan.

i. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 pula menemui sesuatu yang mengejutkan. Mereka mengesan misil orbital mobil Federasi mula keluar bersama pengiring daripada pangkalan mereka. Laksamana Hanomage telah mengetahui kedatangan khalifah.

j. Misil orbital mobil mesti dimusnahkan sebelum armada Galaksi Muhsinin tiba. Ia bakal memberikan ancaman serius kepada pasukan yang akan mendarat.

k. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 mengatur gerak kedudukan dan menyerbu meriam orbital. Namun, mereka ditentang hebat oleh tentera Zenzaburo.


BAB 11. Projek Zelnzaburo II Sempurna!

a. Ansari telah lama dipenjara di dalam lokap pangkalan. Sebelum ini Laksamana Hanomage telah memujuknya supaya menjadi salah seorang yang menjayakan Projek Zenzaburo II. Ansari enggan.

b. Lama-kelamaan, Laksamana Hanomage mengugut akan menyeksa Ansari. Tetapi setiap kali ia mahu menyeksa Ansari, setiap itulah ia terhalang.

c. Laksamana Hanomage tidak berani mengapa-apakannya lagi.

d. Ansari begitu maklum akan bahaya yang akan dihadapi oleh Galaksi Muhsinin dan seluruh semesta. Ia telah melihat segala perancangan dan produktiviti Federasi.

e. Projek Zenzaburo II akan menghasilkan Perajurit Super Generasi Zenzaburo II yang tiada tandingannya.

f. Tiba-tiba seorang sentri Zenzaburo menyuruh Ansari keluar lokap dan berjumpa dengan Laksamana Hanomage di bilik utama labotarium itu.

g. Laksamana Hanomage berkata angkuh dan menunjukkan kepada Ansari, bahawa Projek Zenzaburo II telah sempurna!

h. Perajurit Super Generasi Zenzaburo tersusun, lengkap dengan senjata. Mereka bakal menumpaskan semua musuh Federasi di planet ini.

i. Ansari kembali dibawa ke lokap. Ansari berfikir, ia mesti berbuat sesuatu. Ketika sentri membawanya ke lokap, ia menyerangnya. Ia menyamar dengan memakai sut tempur musuh.

j. Ansari segera mencari mana-mana sistem komputer komunikasi untuk menghubungi sesiapa sahaja yang mungkin berada di luar.


BAB 12. Gajet Jaringan Ion Ankabut

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 menerima isyarat Ansari. Mereka juga menerima maklumat jalan masuk ke dalam laboratorium dan berita buruk tentang Projek Zenzaburo II.

b. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 segera menghubungi Detasmen Mujahidin Elit ke-15 supaya memaklumkan kepada khalifah melalui alat komunikasi inter-galaksi.

c. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 masih diasak dengan hebat. Mereka membuat keputusan untuk menyerang balas kembali dan menghalau tentera Zenzaburo.

d. Infantri elit Akizuki berjaya diusir. Gudang Gua Kahfi dikuasai sepenuhnya. Mujahidin meneliti teknologi nenek moyang mereka. Kebanyakannya masih berfungsi dengan baik.

e. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 memasuki pangkalan Federasi. Mereka mencari Ansari dan menjumpainya.

f. Mereka mencari jalan untuk memusnahkan kekuatan Federasi dengan membuat serangan mengejut.

g. Khalifah tiba di Planet Frieze. Armada Galaksi Muhsinin mengepung planet itu. Orbit planet berjaya dikuasai tanpa tentangan. Pendaratan besar-besaran akan dijalankan sebentar lagi.

h. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 sampai di koloni iglu dengan menggunakan pesawat speeder. Mereka memklumkan bahawa khalifah akan sampai dan membebaskan planet ini daripada cengkaman Federasi.

i. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 hendak berangkat pergi. Komander mujahidin menyerahkan gajet Jaringan Ion Ankabut kepada Hamzah.

j. Ia menerimanya. Sejurus selepas itu Hamzah menunjukkan struktur defensif koloni itu, iaitu Kubah Ais Kharqah; teknologi asal usul Jaringan Ion Ankabut!

k. Mujahidin kagum. Hamzah dan koloni mahu berjihad bersama-sama Galaksi Muhsinin. Mujahidin melarang. Mujahidin berangkat pergi.

l. Mujahidin berangkat ke lokasi di tempat khalifah dan pasukan Galaksi Muhsinin mendarat.

m. Cuaca tidak mengizinkan pendaratan secara besar-besaran. Bantuan udara tidak dapat diberikan sepenuhnya. Kabus terlalu tebal. Mujahidin terpaksa didaratkan secara berperingkat-peringkat.

n. Detasmen Mujahidin Elit ke-15 melaporkan diri kepada khalifah. Posisi mujahidin diaturkan di tempat-tempat yang strategik.


BAB 13. Perajurit Super Generasi Zenzaburo II

a. Laksamana Hanomage mengemaskini strategi terakhir. Ia begitu yakin bahawa kemenangan adalah miliknya.

b. Laksamana memperoleh advantaj: cuaca buruk tidak mengizinkan pihak mujahidin mendapat bantuan udara sahabat, oleh yang demikian Federasi boleh melancarkan ofensif secara mengejut. Tambahan lagi, mujahidin mendarat secara berperingkat-peringkat. Tentera Federasi masih ramai berbanding mujahidin di planet ini. Faktor terakhir: diyakini Perajurit Super Generasi Zenzaburo II mengatasi keupayaan mana-mana tentera elit mujahidin.

c. Kabus sangat tebal menyelubungi keadaan sekitar. Penglihatan mata kasar menjadi sukar. Pasukan Galaksi Muhsinin berjaga-jaga. Mujahidin menyelaraskan sensor paparan visual elektronik kepada multi sensor.

d. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 bersama-sama Ansari mengakses data mengenai kekuatan pangkalan ini. Mereka juga mencari jalan kepada laboratorium Projek Zenzaburo II. Ansari mahu sebahagian sampel genetik musuh diketahui untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka.

e. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 pula diarahkan untuk mengkaji kekuatan dan mengkucar-kacirkan musuh

f. Mereka mendapati bahawa pangkalan ini hanya dikawal oleh tentera Garison Zenzaburo. Selebihnya sebilangan kecil infantri elit Akizuki. Laboratorium dikawal sepenuhnya oleh Perajurit Super.

g. Pergerakan dikesan. Mujahidin berjaga-jaga. Tentera Federasi melancarkan serangan besar-besaran di luar pangkalan mereka. Mujahidin diserbu dari pelbagai arah.
h. Pada permulaan serangan, kebanyakan tentera musuh adalah tentera Garison Zenzaburo dan infantri elit Akizuki.

i. Perajurit Super Generasi Zenzaburo II dilancarkan! Mujahidin menentang mereka dengan bersungguh-sungguh. Kedua-dua pihak memiliki kekuatan yang seimbang.

j. Perajurit Super Generasi Zenzaburo II ditingkatkan keupayaan mereka: perisai ais. Perisai ini boleh diganti semula apabila menerima tembakan musuh.

k. Tindak balas kimia dan fisiologi Perajurit Super ditingkatkan. Bahan kozakium diubahsuai sebagai pemecut supaya dapat meningkatkan metabolisme dengan mendadak. Dengan ini, tenaga dapat dibekalkan dengan maksima.

l. Juga, dengan integrasi antara tindak balas biologi dan perkakasan elektronik yang ditanam dalam badan, Perajurit Super memiliki keupayaan yang luar biasa.

m. Keupayaan Perajurit Super: paparan visual elektronik pada bola mata, membidik dengan tepat, keupayaan untuk sembuh semula apabila luka berat, kulit yang sangat keras, tahan radiasi serta iklim ekstrem.

n. Untuk kelincahan dan kekuatan maksima, sebatian kozakium disuntik dengan maksima.

o. Ini menyebabkan Perajurit Super mampu bertidak dengan tangkas, kuat dan cepat. Tetapi ini akan menyebabkan Perajurit Super akan mengalami keletihan yang amat sangat pada suatu ketika.

p. Tentera Federasi mara dengan cepat dengan kekuatan Perajurit Super. Saat yang sukar untuk mujahidin.


BAB 14. Rahsia Pahlawan Ais

a. Data kekuatan Federasi dianalisis. Radas nyahkod ciptaan Hafiz digunakan.

b. Didapati sebahagian besar tentera Federasi sedang melancarkan serangan atas pasukan bantuan Galaksi Muhsinin. Mereka sebenarnya bergantung harap atas keupayaan luar biasa Perajurit Super Generasi Zenzaburo II.

c. Sebenarnya Federasi mengalami kekurangan bahan api dan peluru persenjataan.

d. Mereka menggunakan sepenuhnya advantaj cuaca buruk. Dengan cuaca buruk, pasukan Galaksi Muhsinin tidak berupaya melancarkan serangan udara dan menghantar bantuan tambahan.

e. Federasi sebenarnya tidak mempunyai bilangan pesawat angkasa pejuang, kerana telah banyak ditawan dan dimusnahkan di Planet Kozakium.

f. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 menyerbu laboratorium Federasi. Mereka ditentang oleh Perajurit Super. Mujahidin menggendalakan pintu berlapis laboratorium. Ini menyebabkan tentera Garison Zenzaburo dari sektor lain disekat buat sementara waktu.

g. Laboratorium ditawan. Ansari mengambil beberapa sampel genetik Perajurit Super. Data turut diakses daripada komputer laboratorium.

h. Di luar pangkalan, mujahidin semakin terpukul. Bantuan udara yang diharapkan tidak dapat dihantar kerana kabus yang sangat tebal dan angin yang kuat.

i. Pertempuran sengit masih berlaku. Kolonel Ocitopus terus mara.

j. Pintu laboratorium dibuka sedikit demi sedikit oleh tentera Federasi. Ansari mempercepat proses pengaksesan data. Proses dilengkapkan. Pintu laboratorium terbuka luas.

k. Laksamana Hanomage berada di pintu gerbang. Mujahidin terperangkap...

l. Dialog berlaku. Laksamana Hanomag memberi tawaran kepada mujahidin untuk bekerjasama dengannya. Mereka enggan.

m. Laksamana Hanomag berang lalu mengarahkan tentera Garison Zenzaburo menghapuskan mereka. Pertempuran sengit.

n. Dalam kekalutan pertempuran di luar pangkalan, objek-objek yang tidak dikenali menghujani medan pertempuran. Daripada objek itu, keluarlah pahlawan-pahlawan yang tidak dikenali. Mereka mengasak Perajurit Super dengan mudah! Mereka bergerak dengan tangkas.

o. Dari udara, terdapat pesawat yang membedil musuh. Ini sesuatu yang menghairankan bagi mujahidin. Bagaimana mungkin ada bantuan udara daripada sahabat dalam cuaca buruk ini?

p. Kolonel Ocitopus berjaya melarikan diri ke pangkalan Federasi. Kemenangan berpihak kepada mujahidin dan pahlawan ais.

q. Khalifah yang turut bertempur mengucapkan terima kasih. Pahlawan ais itu diketuai oleh Hamzah, ketua koloni iglu yang dibantu oleh Detasmen Mujahidin Elit ke-15 dan ke-22 serta krew Aadiyat.


BAB 15. Darah Hijau

a. Detasmen Mujahidin Elit ke-22 diasak dengan hebat. Mereka tidak mempunyai jalan keluar.

b. Laksamana Hanomage kebingungan. Bagaimanakah tenteranya yang dikuatkan oleh Perajurit Super juga ditewaskan?

c. Ia menggunakan instrumen radar litupan ais. Ia mendapati bahawa pangkalannya sekarang terkepung.

d. Ini menjadikannya naik gila. Impiannya untuk menjadi orang yang paling berkuasa di alam semesta berkecai. Ia masih tidak mahu berputus asa.

e. Dalam keadaan yang hampir-hampir gila, dia mahu melarikan diri, mengumpul kekuatan dan membalas dendam.

f. Laksamana Hanomage masuk ke dalam kebuk transformasi. Fikirannya sudah tidak siuman. Yang ada hanyalah kuasa, kuasa dan kuasa!

g. Gerbang primer pangkalan Federasi telah diletupkan. Mujahidin dan pahlawan ais menggempur masuk. Satu demi satu sektor pangkalan ditawan. Termasuklah hangar dan landasan terowong pangkalan.

h. Laksamana Hanomage tahu bahawa hanya beberapa pesawat angkasa pejuang dan freighter kargo yang beroperasi.

i. Ia mengumpulkan sebanyak mana infantri elit Strosstruppen dan Perajurit Super Zenzaburo II yang tinggal.

j. Laksamana Hanomage telah bertukar menjadi Perajurit Super Generasi Zenzaburo II!

k. Ia mengarahkan supaya mereka menggempur hangar dan meloloskan diri dari pangkalan.

l. Mereka menggempur dengan hebat. Laksamana menggunakan booster terakhir untuk mempertingkatkan keupayaan tempur. Ia menjadi luar biasa lincah. Namun bilangan mereka terlalu sedikit untuk menyelamatkan diri mereka daripada mujahidin. Mereka berjaya menghampiri pesawat freighter kargo.

m. Seorang demi seorang pengiring Laksamana Hanomage terkorban. Hanya tinggal Kolonel Ocitopus, beberapa infantri elit Akizuki dan Perajurit Super Generasi Zenzaburo.

n. Khalifah mahu Laksamana Hanomag menyerah. Berlaku dialog antara mereka. Laksamana Hanomage berpura-pura menyerah.

o. Mereka menyerang mujahidin dan cuba berlari kepada freighter kargo. Mujahidin tiada pilihan melainkan menyerang kembali. Laksamana Hanomage mati ditembak. Ia mengalirkan darah berwarna hijau terang. Kolonel Ocitopus cedera parah. Hanya beberapa infantri elit Akizuki yang terselamat.


BAB 16. Lebur Salju Nista

a. Pertempuran di Planet Frieze berakhir dengan kekalahan Federasi. Kekalahan selama-lamanya buat Federasi Generasi Zenzaburo. Laksamana Hanomage telah mati. Pangkalan telah ditawan sepenuhnya.

b. Kali ini mujahidin mempunyai instrumen canggih untuk mengesan musuh yang lari. Ada cuba yang lari, tetapi telah ditawan atau ditembak.

c. Planet Frieze kembali aman. Hamzah berterima kasih kepada Khalifah Zulqarnain.

d. Khalifah berbincang dengan Hamzah, bagaimanakah pihak Galaksi Muhsinin boleh membantu mereka.

e. Saki baki orang Zenzaburo ingin menyertai Galaksi Muhsinin.

f. Kolonel Ocitopus dirawat di hospital medan. Ia cedera parah.

g. Tawanan perang turut diberikan layanan yang sebaiknya.

h. Gagasan Galaksi Muhsinin semakin menyerlah. Kemasyhurannya tersebar luas. Semakin banyak koloni manusia yang ingin bergabung dengannya.

i. Tembok beku kebencian telah dileburkan. Kedinginan taufan kedengkian dan kemarahan digantikan dengan bayu lembut yang hangat dengan kasih sayang. Salju nista kezaliman dileburkan dengan aliran deras keadilan dan keamanan...

j. Nun jauh di sana, Maharaja Legion sedang sibuk menghadapi pemberontakan dalaman empayarnya...


3 comments:

  1. kene betul betul hantar sinopsis macam ni ke??

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Bolehkah manuskrip dihantar dalam satu bentu yang cukup dan ayat yang lengkap. Saya tidak memahami cara format di atas

    ReplyDelete
  3. Saya bukan penulis tetapi pembaca setia.Ini kali pertama saya mendapat maklumat penuh mengenai selok-belok penerbitan sesebuah buku.Tahniah PTS semoga usaha anda sentisa mendapat keberkatan dari ALLAH.

    ReplyDelete