Tuesday, December 29, 2009
Dasar-Dasar Perniagaan PTS
Dalam menjalankan bisnesnya PTS berpegang kepada prinsip-prinsip berikut:
(1) Bebas daripada rasuah.
Ini bermakna pegawai-pegawai PTS tidak akan merasuah mana-mana pihak dalam kerajaan bagi tujuan mendapatkan kontrak kerajaan, ataupun merasuah pegawai bank bagi mendapatkan kemudahan kewangan, ataupun merasuah kontraktor buku, ataupun sesiapa sahaja bagi tujuan apa-apa sahaja.
Ini juga bermakna pegawai-pegawai PTS tidak akan meminta bantuan dan jasa baik daripada mana-mana individu yang mempunyai kuasa membuat keputusan yang menguntungkan bisnes PTS.
Ini juga bermakna pegawai-pegawai PTS tidak akan menerima ataupun memberi layanan istimewa kepada mana-mana penulis, editor freelance, ilustrator freelance, pencetak dan pembekal PTS.
(2) Mengaplikasikan pengurusan cara Islami.
Ini bermakna PTS membayar zakat perniagaan pada setiap bulan berdasarkan jumlah kutipan hutang, dan PTS mengeluarkan bantuan kepada anggota masyarakat yang layak menerima zakat dan bantuan.
Ini juga bermakna pegawai-pegawai PTS tidak melakukan perkara seperti pilih kasih dan memberi layanan istimewa kepada orang bawahan, kepada penulis, kepada petugas freelance, kepada pembekal, kepada kontraktor, kepada pengedar dan kedai buku, dan mana-mana individu yang mempunyai kepentingan.
Ini bermakna pegawai-pegawai PTS membuat semua keputusan berdasarkan SOP (standard operating procedure) yang ditetapkan oleh pengurusan.
(3) Bekerjasama dan saling bantu-membantu dengan penerbit-penerbit lain.
Ini bermakna PTS tidak melakukan perkara-perkara yang merugikan bisnes rakan-rakan sesama penerbit buku.
Etika Memberi Hadiah kepada PTS:
1. PTS tidak membenarkan mana-mana pihak memberi hadiah kepada individu yang bertugas sebagai pegawai PTS, seperti hadiah harijadi, hadiah menyambut kelahiran anak, dan seumpama itu, kerana ia boleh menimbulkan kesan rasa terhutang budi.
2. PTS tidak membenarkan mana-mana individu mengajak pegawai PTS makan dan minum di restoran mahal.
3. PTS tidak membenarkan mana-mana pihak yang menerima cek pembayaran royalti, upah ataupun hutang dari PTS, memberi hadiah kepada pegawai PTS, ataupun mengajaknya keluar makan.
4. PTS hanya membenarkan hadiah diberikan kepada semua pegawai PTS sempena hari-hari perayaan istimewa seperti Hari Raya. Contoh hadiah itu adalah hamper yang dapat dimakan beramai-ramai oleh pegawai-pegawai PTS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana jika salah seorang pegawai tuan (mungkin atas nama syarikat sendiri tetapi mempromosi nama PTS) memberi ceramah teknik penulis dengan berbayar kepada pegawai/agensi kerajaan dan 'berjanji' akan berusaha bantu menerbitkan buku setelah selesai ceramah diberi? Apakah ini tidak ada unsur menyalahgunakan kuasa?
ReplyDeleteBagaimana jika salah seorang pegawai tuan (mungkin atas nama syarikat sendiri tetapi mempromosi nama PTS) memberi ceramah teknik penulis dengan berbayar kepada pegawai/agensi kerajaan dan 'berjanji' akan berusaha bantu menerbitkan buku setelah selesai ceramah diberi? Apakah ini tidak ada unsur menyalahgunakan kuasa?
ReplyDelete